‘TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi

sanusi 2

‘TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi. Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengharapkan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersara dari dunia bola sepak tanah air.

Meskipun mengakui hak untuk bersara merupakan pilihan masing-masing, namun, Muhammad Sanusi berkata, persaraan biasanya merujuk kepada golongan berusia.

Selain itu, katanya, tindakan sedemikian juga dikhuatiri mengurangkan saingan dalam arena bola sepak tempatan.

“Bersara atau tidak, itu pilihan masin-masing. Orang bersara dah tua, tapi kalau muda lagi, hendak bersara apa?

“Orang tua pun main bola lagi, jadi janganlah bersara. ‘Satgi’ (nanti) saya tak ada saingan pula,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah serta melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan sumbangsih semalam, Tunku Ismail memuat naik kenyataan di akaun instagram bahawa baginda akan meninggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan sebarang aktiviti bola sepak dalam negara sekiranya JDT tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC .

Bagaimanapun, dalam perlawanan itu,  JDT cemerlang membenam KL City 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor, Fernando Forestieri dan Afiq Fazail, malam tadi.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut mengucapkan tahniah kepada JDT di atas kemenangan berkenaan.

“Saya pergi ke Johor baru-baru ini, orang Johor pun ‘ok’ saja. ‘Steady’ orang Johor,” katanya – Utusan

Baca lagi:

Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap

Ramai yang masih ‘confius’ matikan enjin ke tidak semasa isi minyak, ini jawapan jurutera

[VIDEO] Banjir di Terengganu, penduduk lari naik bukit menyelamatkan diri

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.