[VIDEO] Kapal korek rempuh tiang kabel elektrik, 3,000 penduduk bergelap

WhatsApp Image 2022 02 27 at 7.07.37 PM 1

[VIDEO] Kapal korek rempuh tiang kabel elektrik, 3,000 penduduk bergelap. Lebih 3,000 penduduk di 11 kampung di delta Sungai Kelantan di sini, terputus bekalan elektrik sejak tengah malam tadi apabila tiang kabel elektrik tumbang dilanggar sebuah kapal pengorek pasir.

Kejadian disedari penduduk pada jam 12 tengah malam apabila kediaman mereka tiba-tiba bergelap sebelum dimaklumkan bahawa tiangnya dilanggar kapal pengorek pasir yang hanyut sehingga tumbang.

Penghulu Mukim Pulau Seratus, Che Dir Che Hamid, berkata kapal pengorek pasir itu hanyut kira-kira dua kilometer dari lokasinya ditempatkan iaitu di Kampung Pasir Pekan sebelum dibawa arus sungai yang deras dan melanggar tiang kabel elektrik yang terletak di tebing sungai Kampung Pulau Beluru.

 

“Biasanya apabila sesuatu benda berat hanyut, ia akan terus menuju ke laut tetapi disebabkan ada pertembungan di antara fenomena air pasang dan arus deras, kapal itu hanyut dengan laju.

“Sebaik tiba di Pulau Beluru, ia terus melanggar tiang kabel elektrik sehingga tumbang menyebabkan kami semua terputus bekalan elektrik,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Che Dir berkata, sebaik mengetahui punca bekalan elektrik terputus, penduduk kampung segera keluar ke tanah besar untuk mencari lilin.

Katanya, bekalan lilin dibeli dalam kuantiti yang banyak kerana mereka difahamkan keadaan tanpa elektrik itu akan dialami mereka dalam tempoh yang lama.

“Saya harap pihak berkaitan dapat memikirkan inisiatif lain sementara menunggu penyelesaian sepenuhnya kerana bekalan elektrik sangat diperlukan.

“Kami difahamkan ia mengambil masa untuk kembali dibekalkan elektrik dan sudah pasti memberi masalah, terutama bagi yang mempunyai bayi dan warga emas serta peniaga yang perlu menyimpan jualan dalam peti sejuk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah berkata, pihaknya sudah berhubung dengan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan perkara itu dalam perhatian.

Tidak menafikan masalah itu mengambil masa untuk diselesaikan, beliau mengharapkan agar penduduk kampung terus bersabar.

“Kami difahamkan kapal pengorek pasir itu diparkir bersama sebuah lagi kapal lain sebelum kedua-duanya hanyut dibawa arus deras yang mana masing-masing terhenti di sungai berhampiran Kok Majid manakala kapal yang merempuh tiang kabel elektrik itu pula terhenti di Kampung Pulau Timun.

“Kami akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian sementara untuk penduduk sama ada menyediakan set generator atau menggunakan saluran (elektrik) dari mana-mana punca bekalan,” katanya.

Baca lagi:

‘TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi

Banjir Terengganu: Wanita sarat mengandung panjat bumbung untuk selamatkan diri

Selepas viral lagu “GATAL”, kini Janna Nick menonggeng pula di media sosial

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.