Pegawai khas MB Kedah didakwa mengasari wakil peniaga di tapak pasar malam

Photo of author

By Joe

Pegawai khas MB Kedah didakwa mengasari wakil peniaga di tapak pasar malam. PENIAGA di tapak pasar malam Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah tidak berpuas hati selepas mendakwa mereka telah dikasari oleh pegawai khas Menteri Besar Kedah pada hari Ahad.

Menerusi video yang tular di media sosial sejak Isnin, kelihatan beberapa peniaga membuat kecoh di kawasan parkir kereta bersama pegawai tersebut.

Dalam video yang sama, semua peniaga berkumpul di sebelah pintu pemandu kereta pegawai itu sambil meluahkan kemarahan mereka.

Pegawai khas MB Kedah didakwa mengasari wakil peniaga di tapak pasar malam

Seorang lelaki warga emas di kawasan itu juga dilihat meninggikan suara, menyatakan bahawa tindakan pegawai yang juga seorang guru itu adalah tidak beretika.
Pertengkaran kecil berlaku selama beberapa minit sebelum mereka bersurai.

Pegawai tersebut juga tidak keluar dari kerusi pemandu meskipun diasak oleh peniaga yang terlibat.

Susulan itu, para peniaga dilaporkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar mengenai kejadian tersebut.

Namun, setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis dan pegawai khas tersebut.

Baca Lagi:
‘Tak Pernah Dibuat Orang’, Gelagat lelaki ini halau anjing raih perhatian ramai
Kejar mat rempit masuk kampung, polis dibelasah penduduk sampai patah gigi
Kelibat anjing di puncak Piramid Giza buat orang ramai rasa pelik