Tiga bulan tunggu pemilik tuntut duit yang ditemui di tapak pelupusan sampah, ramai yang mengaku bila dapat tahu jumlah keseluruhan duit

Tiga bulan tunggu pemilik tuntut duit yang ditemui di tapak pelupusan sampah, ramai yang mengaku bila dapat tahu jumlah keseluruhan duit

Tiga bulan tunggu pemilik tuntut duit yang ditemui di tapak pelupusan sampah, ramai yang mengaku bila dapat tahu jumlah keseluruhan duit. Wang tunai berjumlah 10.99 yen (RM353,140) yang ditemui di sebuah tapak pelusan sampah di bandar Shinchinohe, Jepun pada April lalu akan dimasukkan ke akaun pengendali pusat pembuangan tersebut iaitu sebuah kesatuan koperasi, menurut laporan akhbar The Mainichi.

Kesatuan koperasi kawasan Chubu Kamikita sebelum ini melaporkan penemuan duit tersebut ketika mesyuarat perhimpunan bandar Shichinohe, kemudian dihantar ke balai polis berdekatan.

Polis kemudian secara terbuka mengumumkan mengenai duit tersebut tetapi sepanjang tiga bulan lalu, tidak ada mana-mana individu yang menuntut wang itu.

Tiga bulan tunggu pemilik tuntut duit yang ditemui di tapak pelupusan sampah, ramai yang mengaku bila dapat tahu jumlah keseluruhan duit

Ia menyebabkan pemilikan wang tunai itu dipindahkan kepada kesatuan koperasi tersebut pada 27 Julai yang lalu. Seorang wakil koperasi juga mengatakan tidak sangka bahawa jumlah besar duit itu muncul secara tiba-tiba.

Kisah ini juga telah menarik perhatian ramai, serta beberapa individu yang ‘berpura-pura’ dan menggunakan helah untuk mendapatkan wang tersebut. Namun sehingga kini tidak mempunyai apa-apa berita mengenai duit itu dan tidak ada yang menuntutnya.

Jika anda terjumpa duit atau barang berharga yang bukan milik anda, cuba selesaikannya dengan cara baik dan jangan salah guna barang yang bukan milik anda. Mungkin kita diuji oleh-Nya dan percayalah rezeki ada dimana-mana, yang penting usaha

Baca Lagi:
Kenapa ada kelandar 2023A bukan 2024?, ini sebab kenapa ramai yang fobia dengan nombor 4
Rezeki terpijak beli tali jam dekat pasar karat, tak sangka rupanya emas 999 berat 28.6 gram
‘Macam haiwan buang najis merata’ – Wanita dipercayai pelancong China ‘berak’ tengah jalan di Cameron Highland
CATEGORIES