‘Macam haiwan buang najis merata’ – Wanita dipercayai pelancong China ‘berak’ tengah jalan di Cameron Highland

‘Macam haiwan buang najis merata’ – Wanita dipercayai pelancong China ‘berak’ tengah jalan di Cameron Highland

‘Macam haiwan buang najis merata’ – Wanita dipercayai pelancong China ‘berak’ tengah jalan di Cameron Highland. Tular satu klip video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelancong China membuang air besar di tengah-tengah jalan laluan kawasan homestay di Kea Farm, Cameron Highland.

Lebih menjijikkan lagi apabila wanita terbabit meninggalkan najisnya di atas jalan begitu sahaja sebelum bergegas meninggalkan lokasi tersebut.
Video berdurasi satu minit itu dikongsikan melalui laman Facebook Info Cameron Highlands Group telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

'Macam haiwan buang najis merata' - Wanita dipercayai pelancong China 'berak' tengah jalan di Cameron Highland

Ramai yang menyelar perbuatan tidak sivik dan pengotor wanita itu.

Menerusi satu perkongsian pengguna X.com, difahamkan ada segelintir pelancong dari China yang kurang senang dengan jenis tandas digunakan di Malaysia ini.

Mereka tidak biasa menggunakan tandas yang menggunakan air, ditambah pula permukaan tandas yang basah membuatkan mereka kurang selesa.

Dalam pada itu orang ramai berasa hairan, mengapa wanita itu tidak pergi ke kawasan yang tertutup jika dia betul-betul sudah boleh tahan sangat untuk membuang air besar.

“Sepatutnya sebagai manusia normal, si pelaku patutlah berasa malu, lebih-lebih lagi dia merupakan seorang wanita,” kata netizen.

Pada masa sama orang ramai juga terkejut serta timbul tanda tanya bagaimana bagaimana rakannya rela cover line dan melihat wanita itu membuang air besar.

Baca Lagi:
Ramai ibu bapa tak perasan, ini senarai 8 kartun ada unsur ‘LGBT’ yang budak kecil selalu tengok
Dua beranak dapat ‘jackpot’ selepas jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik
Amaran keras! Jangan sesekali letak kain atas peti sejuk jika tak mahu perkara ini berlaku
CATEGORIES