TERKINI : Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

TERKINI : Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

TERKINI : Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia jam 3.40 petang tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Allahyarham yang juga bekas Bendahari PAS Pusat menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi laman sosial Facebook merakamkan ucapan takziah di atas kehilangan seorang tokoh yang dianggap sangat berjasa kepada negeri Kelantan.

TERKINI : Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

“Menerima perkhabaran pemergian mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan Almarhum Ustaz Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman sekitar jam 3.40 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

“Almarhum merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan khususnya sebagai antara tokoh penting bermula pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum. Semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati serta mengangkat darjatnya dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Ahmad berkongsi perjalanan kerjaya politik Allahyarham Abdul Halim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula pada 1990 sehingga 2004.

Allahyarham juga berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggol pada 1986 hingga 1995 diikuti ADUN Kijang (1995-2004) seterusnya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (2004-2013).

Baca Lagi:

Panas!! Saya akan dedahkan dokumen kaitkan Latiff dengan Zainab esok – Rafizi

Selepas Abdul Latiff nafi Zainab Mohd Salleh bukan isteri, ini pula jawapan Rafizi

Gempar! Malam ini dijangka pemimpin tertinggi Umno akan mengadakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana

CATEGORIES