Panas!! Saya akan dedahkan dokumen kaitkan Latiff dengan Zainab esok – Rafizi

Panas!! Saya akan dedahkan dokumen kaitkan Latiff dengan Zainab esok – Rafizi

Panas!! Saya akan dedahkan dokumen kaitkan Latiff dengan Zainab esok – Rafizi.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menolak penafian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad tentang hubungannya dengan wanita yang dikatakan mengawal dua syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM6 bilion.

Rafizi menyifatkan kenyataan penafian Abdul Latiff berhubung dakwaan terhadapnya berdasarkan dokumen yang dikatakan daripada siasatan dalaman LCS, sebagai “penafian yang sangat lemah”.

“Saya perincikan nama syarikat, jumlah yang terlibat dan hubung kait dengan beliau. Saya juga sertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri beliau.

“Beliau hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk kepada laporan berita yang tular,” kata Rafizi.

Awal hari ini, Rafizi memetik kertas siasatan dalaman LCS yang dikatakan menamakan syarikat – Alizes Marine dan Alizes Marine Labuan – serta pembayaran berjuta yang dibilkan untuk perkhidmatan yang tidak dsampaikan.

Panas!! Saya akan dedahkan dokumen kaitkan Latiff dengan Zainab esok - Rafizi

Namun, Rafizi menjelaskan bahawa terdapat pihak terkeliru dengan seorang individu yang mempunyai nama sama yang merupakan ketua pegawai kewangan Dialog Group.

Jelas Rafizi, wanita bernama Zainab yang dimaksudkan dalam dakwaannya berhubung skandal LCS adalah orang berbeza.

“Bila Dr Latiff hanya merujuk kepada ‘berita yang tular’, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua pun tahu).

“Esok, saya akan tunjukkan dokumen-dokumen khusus yang mengaitkan Dr Latiff dengan seorang individu yang bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes Marine.

“Insya-Allah akan lebih jelas kenapa laporan siasatan dalaman menamakan Dr Latiff Ahmad sebagai ‘spouse’ (atau suami) kepada Zainab Mohd Salleh ini,” katanya.

Dialog Group sebelum ini tampil menafikan CFO mereka sebagai isteri Latiff atau mempunyai kaitan dengan Alizes Marine Ltd.

“(Zainab Dialog Group) ialah isteri kepada Dr Noor Azmi Mat Adenan, seorang perunding pakar sakit puan-onkologi di Pusat Perubatan Ara Damansara,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Rafizi turut menggesa penyokongnya supaya bertenang, dan mengingatkan bahawa siri pendedahannya sebelum ini akhirnya membawa kepada pendakwaan di mahkamah.

Awal hari ini, Rafizi menuduh Abdul Latiff dan Zainab sebagai “jerung besar” yang mengaut keuntungan daripada projek LCS melalui syarikat luar pesisir yang dilantik sebagai perunding projek walaupun tidak layak untuk jawatan itu.

Rafizi berkata Latiff, kini bersama Bersatu, pada masa itu adalah timbalan menteri pertahanan Umno. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika itu merupakan menteri pertahanan.

Baca Lagi:

Selepas Abdul Latiff nafi Zainab Mohd Salleh bukan isteri, ini pula jawapan Rafizi

Panas ! Rafizi dedah Isteri kedua Dr Latiff ‘jerung besar’ terlibat skandal LCS\

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

CATEGORIES