Terengganu tidak benarkan buka puasa di kawasan lapang

20210414125253 a51ec88cfc2a7c118379fff261380e83 e1648003018129

Terengganu tidak benarkan buka puasa di kawasan lapang.

Kerajaan negeri tidak membenarkan berbuka puasa di kawasan lapang, walaupun sudah ada pelbagai kelonggaran sektor ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak, berkata kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun juga masih tidak dibenarkan memasuki bazar Ramadan.

Terengganu tidak benarkan buka puasa di kawasan lapang

Katanya, setakat ini prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan dan Aidilfitri seperti ditetapkan kerajaan tahun lalu, masih berkuat kuasa.

“Penganjur dan peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri diingatkan untuk terus kekal mematuhi SOP yang sedia ada sehingga kerajaan mengeluarkan peraturan baharu.

“Kerajaan negeri masih menunggu SOP baharu bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri susulan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik, berkuat kuasa 1 April ini,” katanya di sini, hari ini.

Dr Alias berkata, semua masjid dan surau di seluruh negeri sudah dibenarkan menganjurkan majlis berbuka puasa.

Baca Lagi:

Dua beradik warga Malaysia dihalau keluar dari Jerman kerana vaksin Sinovac

Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik’ Water Heater’

Tular Video pemandu Mercedes tunjuk isyarat lucah setelah ‘Koyak’ ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R

Leave a Reply

Your email address will not be published.