Sindiket judi nombor ekor haram berleluasa di Kedah, hanya buat tempahan secara dalam talian

Sindiket judi nombor ekor haram berleluasa di Kedah, hanya buat tempahan secara dalam talian

Sindiket judi nombor ekor haram berleluasa di Kedah, hanya buat tempahan secara dalam talian.

Kegiatan sindiket judi nombor ekor haram di daerah ini didakwa semakin berleluasa selepas kerajaan negeri tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian berkuat kuasa sejak November tahun lalu.

Kebanyakan sindiket judi nombor ekor haram itu didapati beroperasi secara berselindung di sebalik beberapa perniagaan seperti restoran, kedai runcit dan telekomunikasi untuk mengelabui pihak berkuasa.

Difahamkan terdapat lebih 50 premis judi tersebut beroperasi di daerah Kuala Muda ini dan dipercayai semakin bertambah lagi selepas ini.

Malah, premis judi nombor ekor haram juga dilaporkan semakin banyak beroperasi di daerah-daerah lain di negeri ini termasuk di kawasan luar bandar.

Seorang peminat tegar judi nombor ekor haram yang mahu dikenali sebagai Ghani, 42, berkata, walaupun masih terdapat premis judi nombor ekor berlesan beroperasi di negeri ini, premis menjual nombor ekor haram tetap menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan orang Islam.

Sindiket judi nombor ekor haram berleluasa di Kedah, hanya buat tempahan secara dalam talian

Menurutnya, premis-premis tersebut didapati menjadi tumpuan kaki judi pada setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.

“Bagaimanapun, pelanggan tetap yang membeli nombor ekor haram di premis tertentu tidak perlu datang premis terbabit sebaliknya hanya membuat tempahan secara dalam talian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi peminat judi nombor ekor haram, Minhat, 38, berkata, dia percaya jumlah premis yang menjual nombor ekor haram akan tumbuh seperti cendawan selepas ini apabila kesemua kedai judi ekor di negeri ini tidak disambung lesen dan menutup operasi.

“Selama ini, kebanyakan pelanggan kedai judi nombor ekor haram itu merupakan orang Islam dan selepas ini kemungkinan turut menjadi tumpuan bukan Islam kerana tidak mempunyai pilihan selepas semua kedai judi berlesan ditutup,” ujarnya.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Abdillah Omar, 35, berkata, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan tegas mengawal kegiatan judi nombor ekor haram kerana dibimbangi semakin serius dan tidak terkawal selepas ini.

“Keputusan kerajaan negeri tidak memberi kelulusan lesen judi nombor ekor tepat, namun penguatkuasaan terhadap premis judi nombor ekor haram perlu dipertingkatkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, pihaknya sering melakukan operasi untuk membanteras kegiatan judi nombor ekor haram di daerah ini.

Tegasnya, mereka yang ditahan kerana menjual nombor ekor haram boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai memberi kerjasama dengan tampil memberi maklumat mengenai kegiatan perjudian tersebut untuk diambil tindakan,” tambahnya.

Baca lagi: 

Sekeluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik’ Water Heater’

Kenapa Bill Gates pilih peranti Android dan bukannya Iphone, ini sebabnya…

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.