Tekanan mental, hampir 3,400 pegawai perubatan kontrak letak jawatan

Tekanan mental, hampir 3,400 pegawai perubatan kontrak letak jawatan

Tekanan mental, hampir 3,400 pegawai perubatan kontrak letak jawatan. Hampir 3,400 daripada keseluruhan 29,548 pegawai perubatan kontrak meletak jawatan dalam tempoh enam tahun sejak 2017, antaranya disebabkan tekanan mental dan berhijrah ke luar negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata tahun lalu sahaja, seramai 1,354 doktor kontrak atau 4.58 peratus daripada keseluruhan 29,548 membuat keputusan terbabit.

Tekanan mental, hampir 3,400 pegawai perubatan kontrak letak jawatan

“Dalam tempoh 2017 hingga 2022, seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak sudah meletak iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun.

“Antara sebabnya ialah mereka memilih berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun yang mungkin menawarkan gaji yang lebih menarik, membuka klinik sendiri dan melanjutkan pelajaran.

“Selain itu, ada yang berhijrah ke luar negara, sebab peribadi atau masalah kesihatan termasuklah tekanan mental,” katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, seramai 76,381 petugas kesihatan daripada beberapa pelbagai perkhidmatan menjalani saringan kesihatan mental pada tahun lalu menggunakan instrumen Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS).

Beliau berkata, seramai 2,558 atau 3.35 peratus daripada mereka mengalami gejala stres, 3,475 (4.55 peratus) alami keresahan dan 2,123 (2.78 peratus) mengalami gejala kemurungan.

Baca Lagi:
Banglo mewah milik 10 selebriti Malaysia yang buat orang ramai terkejut, rumah Shuib paling gempak
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
Wanita ini tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syaratnya
CATEGORIES