‘Tak pernah dibuat orang’, lelaki duduk dalam peti sejuk elak cuaca terlalu panas

‘Tak pernah dibuat orang’, lelaki duduk dalam peti sejuk elak cuaca terlalu panas

‘Tak pernah dibuat orang’, lelaki duduk dalam peti sejuk elak cuaca terlalu panas. Seorang lelaki menjadi perhatian ramai kerana menggunakan cara luar biasa untuk melegakan diri daripada cuaca panas di tengah-tengah gelombang haba yang berterusan di Guangdong, China, lapor laman berita Mothership semalam.

Video seorang lelaki muda duduk di atas bangku plastik di dalam peti sejuk tersebar di pelbagai platform media sosial China termasuk Weibo dan Xiaohongshu pada 31 Mei lalu.

Tidak diketahui berapa lama dia berada di dalam peti sejuk tersebut yang sepatutnya dipenuhi oleh minuman.

'Tak pernah dibuat orang', lelaki duduk dalam peti sejuk elak cuaca terlalu panas

Lelaki itu tidak terperangkap di dalam peti sejuk tersebut kerana dia boleh membuka pintu peralatan itu menggunakan lututnya.

Menurut kemas kini Guangdong Weather di Weibo, suhu di bandar Zhongshan mencecah 37.9 darjah Celsius pada 31 Mei lalu.

Cuaca terlalu panas sehinggakan mereka yang berada di Guangdong dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar semasa gelombang panas.

Baca Lagi:
Selepas ditegur Tunku Panglima Johor isu ‘najiskan kereta’, suami Fatin Afeefa dipanggil bersemuka dengan Ayahanda Cek Ton pula
Kalau masuk ke Thailand, jangan tinggal 3 dokumen penting ini!
Banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen, Azhar Sulaiman mula risau Leona setiap hari semakin ‘bodoh’
CATEGORIES