Banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen, Azhar Sulaiman mula risau Leona setiap hari semakin ‘bodoh’

Banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen, Azhar Sulaiman mula risau Leona setiap hari semakin ‘bodoh’

Banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen, Azhar Sulaiman mula risau Leona setiap hari semakin ‘bodoh’. Pelakon Azhar Sulaiman melahirkan rasa bimbang terhadap anak gadisnya, Kasih Iris Leona apabila semakin kerap menimbulkan kontroversi walaupun sudah banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen.

Menerusi luahan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Azhar, 51, berkata, sebagai bapa dia risau jika kontroversi yang kerap ditimbulkan oleh gadis berusia 21 tahun itu adalah disebabkan kebodohannya.

“Ada orang, ada hari bodoh dia. Tapi sekarang saya bimbang jika anak perempuan saya, Leona jenis bodoh setiap hari,” tulis Azhar.

Banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen, Azhar Sulaiman mula risau Leona setiap hari semakin 'bodoh'

Apa yang menarik perhatian, pelakon filem Abang 92 itu turut memetik nama usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri kerana sering terkait dengan perkara-perkara kontroversi yang diciptanya.

“Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke? Tak berhenti buat kontroversi?” katanya.

Luahan Azhar terhadap tingkah laku Leona sekali gus memancing perhatian netizen apabila turut bersimpati dengan perasaan yang dialaminya.

Malah, rata-rata netizen meminta agar lelaki itu memperbanyakkan bersabar membesarkan anak dengan kehidupan penuh mencabar pada hari ini.

“Cabaran membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar. Abang Har (panggilan Azhar) amalkan zikir Nabi Sulaiman. Jangan putus asa, jangan putus harapan. Saya juga ada anak-anak yang sedang membesar,” kongsi seorang pengikutnya.

“Doakan yang baik-baik. Abang lebih kenal anak sendiri. Abaikanlah apa yang orang nak kata,” nasihat seorang lagi pengikutnya.

“Ujian kita sebagai ibu bapa. Sebenarnya ramai lagi ibu bapa yang diuji begini. Cuma abang orang yang terkenal, jadi tumpuan netizen. Doa banyak-banyak, semoga Allah SWT angkat do akita sebagai ibu bapa,” komen seorang pengguna Facebook.

Terdahulu, Leona, sering menjadi perhatian netizen apabila kerap dikecam kerana memuat naik foto dan video dengan penampilan mencolok mata.

Penampilan Leona sering dianggap keterlaluan sebagai seorang anak kepada selebriti dan juga wanita beragama Islam.

Azhar menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya sebelum ini pernah menzahirkan rasa dilema apabila mendakwa setiap ibu bapa pasti mempunyai masalah yang dicetuskan anak-anak termasuk dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun reda dengan segala masalah yang ditimbulkan, sementelah sikap mereka tidak seteruk yang berlaku pada zaman mudanya dahulu.

Bahkan katanya, apa yang berlaku terhadap anak-anak adalah cerminan hidupnya ketika zaman bujang.

“Pada saya biarlah jadi begini daripada begitu. Jika saya renung semula zaman muda, lebih teruk daripada sekarang.

“Anak-anak adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa zaman bujang dulu. Saya reda dan harap dapat menguruskan keluarga dengan lebih baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Azhar mendirikan rumah tangga bersama Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona.

Baca Lagi:
Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala ia perbuatan khurafat
“Perjalanan kisah cinta Watie mirip dengan watak Anjali dalam filem Hindi popular, Kuch Kuch Hota Hai”
Berang teman lelaki mahu nikahi perempuan lain, wanita ‘sembelih’ lelaki jadikan ‘nasi beriani manusia’ dan diberi makan rakan kerja
CATEGORIES