Kalau masuk ke Thailand, jangan tinggal 3 dokumen penting ini! Sekiranya anda memilih untuk memasuki Thailand menaiki kenderaan sendiri, ini cara bawa kereta ke Thailand yang anda perlu tahu.
Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, pastikan anda membawa tiga dokumen penting ini. Barulah boleh bercuti dengan tenang.
CARA BAWA KERETA KE THAILAND, JANGAN TINGGAL 3 DOKUMEN INI
Ada 3 benda utama kena sediakan:
- Passport
- Geran Kenderaan
- Insurans kereta (Thailand)
1. PASSPORT
Pastikan masih valid dan tiada sekatan kepada passport. Nanti isi borang ketibaan dan cop passport di border. Kalau tak pandai isi, akan ada orang boleh tolong isikan (kena bayar RM2)
2. GERAN KENDERAAN
Bawa yang original. Kalau tak ada yang original, sila ke JPJ dan minta salinan. Bayaran RM50 untuk dapatkan salinan daripada JPJ.
Jangan liminate geran. Nanti tidak diterima.
3. INSURANS KENDERAAN
– Boleh beli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi borang simplified customer declaration form. Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. Ada juga dijual untuk setahun dan 6 bulan.
Bila dah settle dan dah siap cop passport, terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta. Serahkan passport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand).
Kemudian mereka akan keluarkan simplified customer declaration form. Lepas dah dapat Form dari pihak sana, keluar pergi minta cop dekat pegawai mereka di luar. Dia cop & kita sign. Kiranya macam perjanjian la.
Kemudian boleh teruskan perjalanan anda ke sana menikmati makanan dan tempat menarik.
Jangan lupa bagi balik borang simplified customer declaration form masa cop passport keluar. Kalau tak nanti susah anda nak bawa kenderaan pada masa depan.
Sekian. Semoga tips ini bermanfaat.