Selepas ditegur Tunku Panglima Johor isu ‘najiskan kereta’, suami Fatin Afeefa dipanggil bersemuka dengan Ayahanda Cek Ton pula

Selepas ditegur Tunku Panglima Johor isu ‘najiskan kereta’, suami Fatin Afeefa dipanggil bersemuka dengan Ayahanda Cek Ton pula

Selepas ditegur Tunku Panglima Johor isu ‘najiskan kereta’, suami Fatin Afeefa dipanggil bersemuka dengan Ayahanda Cek Ton pula. Suami Fatin Afeefa iaitu Opai mengundang kontroversi lagi apabila bertindak memperlekeh kereta bukan jenis supercar ketika hadir ke acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Dia yang melabel kereta biasa sebagai ‘najis’ telah mengguris hati ramai orang sehingga mendapat teguran daripada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang bagaimanapun tampil memohon maaf menjelaskan kenyataan itu sebenarnya gurauan ditujukan kepada rakan-rakannya yang dilarang masuk ke acara itu. Katanya lagi, dia langsung tiada niat mahu menghina sesiapa.

Selepas ditegur Tunku Panglima Johor isu 'najiskan kereta', suami Fatin Afeefa dipanggil bersemuka dengan Ayahanda Cek Ton pula

Susulan isu tular, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), Muhammad Fazil Mohd Dali atau terkenal dengan panggilan Cik Ton menjemput Opai untuk bersemuka.

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa ini dipercayai telah diberikan nasihat dan dia sekali lagi memohon maaf. Dia menyedari tindakannya salah dan berjanji takkan ulangi lagi.

@abeyjaawithfad_ Replying to @Cik Puan Faridah Moga Opai Tak Ulang Lagi Kesilapan Yang Dia Buat #fyp #diariseorangtrader #honda ♬ original sound – Arekimmm_

Saya pun masih muda, belum banyak masalah saya buat tapi ni pun masalah besar dah. Saya terima teguran ayahanda Cek Ton. InsyaAllah saya akan perbaiki diri dan majukan diri saya tanpa menjatuhkan atau memerli sesiapa.

Isu selesai, Cek Ton menerima permohonan maaf Opai dan berharap anak muda itu boleh berubah. Malah, Cek Ton berharap orang ramai juga berhenti mengecam Opai yang sudah insaf dengan perbuatannya.

Baca Lagi:
Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala ia perbuatan khurafat
Penjaga gol Kelantan FC ditamatkan kontrak selepas tuntut gaji nak tampung isteri bersalin
“Perjalanan kisah cinta Watie mirip dengan watak Anjali dalam filem Hindi popular, Kuch Kuch Hota Hai”
CATEGORIES