Switzerland negara pertama dalam senarai negara paling kurang masalah di dunia, Malaysia no.5

Switzerland negara pertama dalam senarai negara paling kurang masalah di dunia, Malaysia no.5

Switzerland negara pertama dalam senarai negara paling kurang masalah di dunia, Malaysia no.5. Switzerland menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling kurang bermasalah di dunia.

Lapor Daily Mail, prestasi negara Eropah Tengah itu berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Hanke’s Annual Misery Index.

Indeks tahunan itu menyenaraikan hampir 160 buah negara dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kadar pinjaman bank, pengangguran dan inflasi.

Switzerland negara pertama dalam senarai negara paling kurang masalah di dunia, Malaysia no.5

Negara yang terletak di tengah pegunungan Alps dan mempunyai kira-kira sembilan juta penduduk, kini berada kedudukan antara 20 negara teratas paling kurang bermasalah selama tujuh tahun berturut-turut.

Switzerland yang merupakan antara negara paling kaya di dunia, mempunyai jangka hayat tertinggi, selain sistem pendidikan yang dipuji dan ekonomi yang stabil.

Dalam pada itu, laporan Hanke’s Annual Misery Index menyenaraikan Kuwait di tempat kedua diikuti Ireland di kedudukan ketiga dan Jepun (keempat).

Malaysia pula berada di tangga kelima dalam senarai tersebut.

Taiwan, Niger, Thailand dan Togo masing-masing berada pada tempat keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan dalam senarai indeks berkenaan.

“Malta pula menduduki tangga ke-10 dalam senarai indeks tahun ini,” jelas laporan.

Dalam senarai kali ini, Britain pula menduduki tempat ke-29 berbanding tempat keempat pada edisi 2021.

Pakar ekonomi di sebalik senarai itu, Profesor Steve Hanke mendakwa inflasi yang mencapai 10.1 peratus pada Mac lalu menjadi faktor penyumbang utama kedudukan merosot ke bawah.

Baca Lagi:
Terkejut staff bank hanya tidur di masjid sebab tak mampu sewa rumah, gaji kerja hanya lepas settelkan hutang
Lelaki terkejut betul-betul dapat RM37,249.23 wang tidak dituntut, siap kongsi cara nak claim wang tak dituntut di laman eGUMIS
WhatsApp akan susahkan pengguna yang selalu ‘forwad’ mesej palsu
CATEGORIES