Fitnah Kelantan FC, individu berdepan tindakan undang-undang

Fitnah Kelantan FC, individu berdepan tindakan undang-undang

Fitnah Kelantan FC, individu berdepan tindakan undang-undang. INDIVIDU yang cuba mencemarkan nama baik Kelantan FC dengan fitnah liar dan bersifat jahat bakal berdepan tindakan undang-undang daripada pasukan.

Bahagian Perundangan Kelab The Red Warriors Kelantan FC (TRW Kelantan FC) berkata, tuduhan-tuduhan liar di media sosial oleh seorang individu berbangsa Korea yang mengaku dirinya adalah ejen kepada bekas ketua Kelantan FC bersifat fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi pasukan.

“Tuduhan itu bersifat berat sebelah dengan motif balas dendam untuk membela dan menutup kesalahan bekas ketua jurulatih yang telah direhatkan.
“Individu tersebut telah memuat naik di dalam media sosialnya kononnya pihak Kelantan FC tidak menyediakan penginapan yang bersesuaian dan selesa kepada bekas ketua jurulatih dengan menunjukkan gambar keadaan sinki dalam tandas yang pecah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Fitnah Kelantan FC, individu berdepan tindakan undang-undang

Menurut kenyataan itu, bukti dalam simpanan Kelantan FC mendapati keadaan sinki yang didakwa rosak dan tidak selesa tersebut sebenarnya berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian semasa serahan penginapan dibuat.

Katanya, tuduhan pengurusan menyediakan makanan kepada pemain yang kononnya hanyalah sekadar nasi dan ayam tidak benar apabila set hidangan itu seimbang cukup dengan karbohidrat seperti nasi dan spageti, protein (ayam) dan vitamin daripada buah-buahan.

“Individu tersebut juga berulang kali menuduh Kelantan FC gagal membayar gaji pemain dan pegawai kelab telah tertunggak 2 bulan. Hakikatnya dakwaan ini adalah dakwaan palsu di mana pihak kelab sangat komited terhadap isu gaji pemain.

“Kelab telah membuat bayaran penuh gaji kepada pemain-pemain dan tidak akan membiarkan sebarang tunggakan gaji melebihi dua bulan seperti dakwaan individu tersebut,” katanya.

Bahagian Perundangan TRW Kelantan FC berkata, individu tersebut bukanlah authorized agent yang berdaftar atau mempunyai sebarang perkaitan dengan pasukan.

Baca Lagi:
Taska didakwa abaikan kanak-kanak dalam bilik isolasi diarah tutup sementara
TMJ jumpa buaya besar ketika berenang di pantai depan istana
Dukun Mbah Slamet popular boleh gandakan duit, setiap kali pelanggan mahu gandakan duit dibunuh dan ditanam dalam kebun
CATEGORIES