Dua individu terbunuh, jet peribadi terhempas di lebuh raya

Photo of author

By Joe

Dua individu terbunuh, jet peribadi terhempas di lebuh raya. Dua individu terbunuh selepas enjin sebuah jet peribadi gagal berfungsi menyebabkan pesawat itu terhempas ke lebuh raya di Florida, Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa.

Lima penumpang dilaporkan menaiki pesawat Bombardier Challenger 600 yang terhempas jam 3.15 petang di Interstate 75, berhampiran bandar kecil Naples, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) di X.

Dua minit sebelum dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Perbandaran Naples, juruterbang menghubungi pusat kawalan trafik udara untuk memaklumkan keadaan dua enjin pesawat itu gagal berfungsi dan meminta pendaratan kecemasan.

Dua individu terbunuh, jet peribadi terhempas di lebuh raya

“Pengawal trafik udara segera memberi kebenaran kepada pesawat untuk mendarat selepas juruterbang mengisytiharkan dia tidak akan sampai ke landasan … (dan) cuba mendarat di Interstate 75.”
“Tiga orang terselamat dalam nahas itu, kata jurucakap lapangan terbang Robin King kepada AFP dalam satu kenyataan.

Pejabat syerif Collier County mengesahkan kedua-dua mangsa maut akibat impak.

Tiada maklumat sama ada pesawat itu melanggar mana-mana kenderaan di lebuh raya.

Sementara itu, imej disiarkan di media tempatan menunjukkan serpihan pesawat yang terbakar di tepi lebuh raya dengan kepulan asap hitam.

Menurut rekod, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Ohio State University, kata King.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas itu.

Baca Lagi:
Isteri usahawan terkenal Malaysia buat pendedahan, hidup suaminya susah, hutang keliling pinggang hingga setiap hari bank call
Tak puas dengan bangunan terpanjang dan tertinggi, Arab Saudi bina bangunan bawah tanah paling dalam di dunia
Kenapa ya kita selalu sebut RM1,000 jadi 1K?