Nak elak ‘trafik jem’ Tahun Baharu Cina, lelaki dan anak perempuan pandu kapal terbang balik kampung

Nak elak ‘trafik jem’ Tahun Baharu Cina, lelaki dan anak perempuan pandu kapal terbang balik kampung

Nak elak ‘trafik jem’ Tahun Baharu Cina, lelaki dan anak perempuan pandu kapal terbang balik kampung. Seorang lelaki dan anak perempuannya tular di media sosial China selepas menaiki sebuah pesawat ringan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Laman berita Thaiger melaporkan, Wang yang merupakan seorang penduduk di wilayah Anhui, memilih pengangkutan udara berbanding menempuh perjalanan panjang dan sesak di jalan raya.

Wang berkongsi klip video memaparkan perjalanan dia dan anaknya pulang ke kampung.

Nak elak 'trafik jem' Tahun Baharu Cina, lelaki dan anak perempuan pandu kapal terbang balik kampung

Menurut Wang, tempoh perjalanan lebih tiga jam menaiki kereta berjaya dikurangkan kepada 50 minit dengan menaiki pesawat tersebut. Dua beranak itu juga dapat menikmati pemandangan indah dari udara.

Selepas rakaman itu tular, pelbagai persoalan diutarakan orang ramai mengenai pemanduan pesawat tersebut terutamanya mengenai kaedah pendaratan di kawasan luar bandar tanpa landasan.

Wang yang merupakan seorang juruterbang berpengalaman berkata, tiada had umur untuk penumpang jadi kehadiran anak perempuannya adalah sah sepenuhnya.

Selain itu, terdapat kawasan yang luas untuk mendarat di kampung halamannya.

Baca Lagi:
Macam mana kita nak tahu ada kanser? Ini jawapan doktor yang perlu anda tahu
Selepas tolak cinta cikgu janda, cikgu lelaki ini dapat penyakit misteri
Kenapa ya kita selalu sebut RM1,000 jadi 1K?
CATEGORIES