Starbuck & McDonald mula salahkan Israel selepas jualan & saham jatuh merundum

Starbuck & McDonald mula salahkan Israel selepas jualan & saham jatuh merundum

Starbuck & McDonald mula salahkan Israel selepas jualan & saham jatuh merundum. Dua rangkaian syarikat makanan segera terkenal McDonald’s dan Starbucks mendakwa konflik peperangan yang berlaku di Gaza telah menyebabkan dua syarikat berkenaan mengalami kemerosotan akhir tahun lalu.

Menerusi satu laporan, saham McDonald’s jatuh hampir 4% pada hari Isnin, selepas melaporkan bahawa penjualan yang semakin perlahan di Timur Tengah menyumbang kepada kegagalan pendapatan suku tahun keempatnya.

Saham Starbucks pula turun kira-kira 2% sejak Selasa, apabila syarikat melaporkan bahawa perang tersebut juga menjejaskan jualan di Amerika Syarikat dalam tiga bulan terakhir tahun itu.

Starbuck & McDonald mula salahkan Israel selepas jualan & saham jatuh merundum

Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Laxman Narasimhan, berkata Starbucks cuba untuk menghidupkan semula permintaan dengan menawarkan promosi yang lebih tertumpu dan memperkenalkan minuman baru.
Jualan suku keempat McDonald’s merosot di Timur Tengah selepas pemegang lesen Israelnya menawarkan diskaun kepada askar, menyebabkan kempen boikot daripada pelanggan yang menentang serangan negara itu di Gaza.
Menurut penganalisis TD Cowen Andrew Charles, Timur Tengah biasanya menyumbang kira-kira 2% daripada jualan global McDonald’s dan 1% daripada pendapatannya global sebelum faedah dan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski, berkata syarikat mengakui jualan yang semakin menurun di Timur Tengah dan negara-negara majoriti Islam, seperti Malaysia dan Indonesia. Tidak terkecuali di Perancis juga dilaporkan mengalami kemerosotan jualan dimana negara tersebut mempunyai populasi Islam terbesar di Eropah.

Walaupun penawaran harga dikatakan bakal menarik minat pelanggan, namun McDonald’s menjangkakan penjualan mereka di Timur Tengah tidak akan pulih sehingga perang berakhir.

Baca Lagi:
“Ayah gatal nak mengorat janda tapi masalahnya janda tu kawan mak aku”
Tolong berhenti main telefon pintar selepas pukul 11 malam, ini sebabnya
Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu
CATEGORIES