Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu

Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu

Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu. Komando merupakan askar elit terpilih yang menjalani latihan berintensiti tinggi.

Walaupun komando dibentuk khusus untuk menjadi kental dalam apa jua situasi, mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan serta mempunyai orang tersayang yang dirindui.

Menerusi satu video tular di TikTok, seorang komando yang baru menamatkan latihan asas dilihat seperti tiada perasaan selepas menerima kejutan hadiah daripada ibunya.

Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu

Dalam rakaman itu, pemuda berkenaan yang kelihatan penat kerana dipercayai sudah mengerah tenaganya untuk latihan fizikal dihampiri seorang perancang kejutan sambil membawa hadiah.

“Adik, akak nak jumpa kejap boleh. Ada orang bagi sesuatu, larat ke kalau nak berdiri?” sapa wanita itu yang dikenali sebagai Dee.

“Boleh, saya larat,” balas pemuda itu sambil menolak badannya menggunakan tangan untuk bingkas bangun dari kerusi.

“Okay, ambil ni (hadiah). Pegang dekat bahagian bawah ya. Cuba teka siapa yang hantar, akak bagi hint, orang yang paling dekat dengan adik di dunia dan akhirat,” kata Dee, sengaja mewujudkan suasana saspens.

“Ha, orang yang paling dekat? Siapa ya?” tanya pemuda itu terpinga-pinga selain jelas terpancar kepenatan pada wajahnya yang berceloreng.

“Cuba tengok dekat belakang, mama awak yang bagi,” kata Dee memberikan jawapan.

Dee seterusnya membacakan pesanan daripada si ibu yang turut dikirimkan bersama hadiah berkenaan yang merupakan bakul buah buahan.

“Tahniah, teruskan kejar cita-cita yang diimpikan sehingga berjaya. Jadi, boleh pergi peluk mak,” kata Dee sambil pemuda itu menghampiri ibunya yang turut merakam kejutan itu dari belakang.

Pemuda itu kemudian dilihat mencium tangan ibunya dan memeluk erat insan itu yang melahirkannya ke dunia, satu momen yang sungguh menyentuh hati.

“Terima kasih atas doa mak, dengan berkat doa mak saya dapat berjaya di dunia akhirat dan mampu kejar cita-cita ini,” ujar pemuda itu terhutang budi dengan ibunya.

Pada ruangan kapsyen, Dee menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai momen manis yang meraih hampir 4.8 juta tontonan di platform TikTok itu.

@deechanteqIkutkan kak dee x buat video utk basic tp atas permintaan maknya kak dee x sampai hati utk tidak menunaikan permintaan tersebut. Nk tny soalan lebih2 pun dia masih blur2,,yela baru habis basic komando ni bukan biasa2 keadaan diri..jadi kita ringkaskan moment ank dan ibu ni sebagai kenangan buat mereka..tahniah komando muda!!!! Matanya da bergenang air mata😅 laki kak dee kata,,besok2 kita camni la ibu😅 bapak komando ank pun komando..ibu dok ja kt khemah veteran hahahaha berdekah la kami laki bini berangan awal😅

♬ Piano Sedih – Eki Herdiansyah

“Saya buat video ni atas permintaan maknya, jadi saya tunaikan untuk kenangan. Waktu saya datang tegur, adik ni macam tengah blur sebab baru lepas habis latihan komando, bukan biasa-biasa tu.
“Tahniah komando muda! Nampak la air mata dia bergenang apabila tahu siapa pemberi hadiah tu. Kalau nak tahu, bapa adik ni memang komando. Maknya sebelum kejadian duduk tunggu dekat khemah anggota veteran,” jelas Dee.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata latihan asas komando sememangnya mencabar walaupun sekadar permulaan.

Reaksi pemuda baru tamat latihan komando jadi perhatian ramai, tercengang ketika terima hadiah daripada ibu

“Masuk komando asas ni memang mental dan fizikal akan ‘koyak’, selepas beberapa bulan dekat rumah baru elok balik. Waktu kemasukan saya dulu, ada seorang yang terus ‘lost’ identiti diri sebab tak tahan.

“Ini baru secebis ujian yang menunggu, nanti masuk kem tentera lagi teruk kena. Bapa saudara saya bekas komando pun harus makan ubat sebab keadaan mental dia sekarang tak berapa stabil.

“Tahun 1997 dulu, saya ada seorang sahabat berjaya habiskan komando basic, bila cuti dapat balik kampung, terus termenung di perhentian bas sebab katanya dah tak ingat jalan balik. Hanya yang betul kuat akan survive.

“Kesian adik ni nampak bengkak-bengkak tangannya, wajahnya pun sayu je lihat. Semoga dipermudahkan perjalanan adik ya,” cerita warga maya.

Baca Lagi:
Siapa sebenarnya Raghad Kurdi, isteri kedua Taib Mahmud?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu
“Adik bongsu masih sekolah tapi ayah abaikan dia selepas mak meninggal, ayah sibuk dengan group cari jodoh, lepas 6 bulan ini yang kami dapat..”
Ini sebab kenapa rakyat Jepun seru masyarakat dunia boikot Family Mart
CATEGORIES