Menang cabutan bertuah Lamborghini, pemuda ini pecut 323 km/j sampai hancur berkecai

Photo of author

By Joe

Menang cabutan bertuah Lamborghini, pemuda ini pecut 323 km/j sampai hancur berkecai. Seorang pemuda berusia 24 tahun yang memenangi ‘supercar’ Lamborghini berharga £160,000 (RM864,760) kurang sebulan lalu menerima nasib malang apabila kenderaannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya, lapor akhbar The Sun semalam.

Grant Burnett berkata, dia memenangi kereta Lamborghini Huracan yang boleh memecut sehingga lebih 323 kilometer sejam (km/j) dalam satu pertandingan cabutan bertuah secara online pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial kemudian menyiarkan gambar kereta yang remuk itu, dengan keterangan: “Tiga minggu kemudian . ”

Menang cabutan bertuah Lamborghini, pemuda ini pecut 323 km/j sampai hancur berkecai

Satu imej dalam talian menunjukkan bonet dan panel hadapan kereta tersebut hancur sepenuhnya dengan terdapat kesan calar besar di sebelah tayar belakang Lamborghini itu.

Burnett menolak dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah berlumba dengan pemandu lain pada kelajuan lebih 241 km/j, sebaliknya mendakwa dia dilanggar dari belakang.

Dia menegaskan tidak bersalah dalam kejadian itu dan menulis: “Kereta itu akan remuk jika saya melanggar penghadang pada kelajuan itu. Mereka semua cemburu kerana tidak seorang pun daripada mereka yang memiliki kereta tersebut.”

Baca Lagi:
Toby kucing kesayangan Syed Saddiq sudah tiada
Banglo mewah milik 10 selebriti Malaysia yang buat orang ramai terkejut, rumah Shuib paling gempak
Umum keluar UMNO, rupanya belum jadi ahli UMNO