Shahidan bakal ganti Hamzah ketua pembangkang

Shahidan bakal ganti Hamzah ketua pembangkang

Shahidan bakal ganti Hamzah ketua pembangkang. Datuk Seri Shahidan Kassim antara dua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) yang disebut-sebut bakal menggantikan tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

PN dijangka membuat penggantian itu berikutan kegagalan Zainuddin memainkan peranannya sebagai Ketua Pembangkang yang aktif sepanjang persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas (2023) yang berlangsung sejak 3 Februari hingga 4 April lalu.

Selain Ahli Parlimen Arau, nama Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor juga disebut-sebut sebagai pengganti tempat Hamzah.

Shahidan bakal ganti Hamzah ketua pembangkang

Namun sepanjang tempoh persidangan itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul secara bergurau pernah menyebut nama Shahidan sebagai calon Ketua Pembangkang yang baik.

Ini kerana, Ahli Parlimen Arau itu sentiasa bangun mencelah setiap kali sesi perbahasan bagi pihak kerajaan.

Dalam sidang Parlimen itu, Hamzah didapati gagal hadir setiap kali sesi Masa Pertanyaan untuk Perdana Menteri (PMQT) dan jika hadir pun lewat dan tidak membuat sebarang pertanyaan untuk mencabar kenyataan Anwar.

Dalam tujuh sesi yang berlangsung, turut tidak hadir ke Dewan Rakyat adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perkara ini turut dibangkitkan Lim Kit Siang yang lebih 40 tahun sebagai ahli Parlimen.

Menurut beliau, kegagalan besar Hamzah sebagai Ketua Pembangkang adalah gagal untuk hadir ke Dewan Rakyat dan mencabar segala hujah Perdana Menteri secara berdepan.

Baca Lagi:
Hospital penuh, ramai dah mula sakit-sakit
Masjid di Bangsar jemput doktor keturunan Sikh beri ceramah dalam masjid
Dulu kerja pramugari, sekarang wanita ini jadi penjual ayam di kampung, rupa-rupa ini sebabnya
CATEGORIES