Seram dengar bunyi buaya jantan pikat buaya betina untuk mengawan

Seram dengar bunyi buaya jantan pikat buaya betina untuk mengawan

Seram dengar bunyi buaya jantan pikat buaya betina untuk mengawan. Reptilia merupakan haiwan berdarah sejuk yang memiliki kulit bersisik atau keras. Haiwan ini umumnya berkembang biak dengan menghasilkan telur.

Haiwan reptilia seperti buaya sering kali agresif terutamanya di dalam air. Mereka mampu menyerang mangsa mereka secara tiba-tiba dari dalam air tanpa dikesan.

Semasa musim kawin, buaya jantan biasanya menunjukkan sifat agresif yang kuat untuk merebut buaya betina. Mereka akan menunjukkan dominasi teritorial bagi mendapatkan betina yang berada di kawasan yang sama.

Seram dengar bunyi buaya jantan pikat buaya betina untuk mengawan

Namun begitu, tahukah anda buaya akan mengeluarkan bunyi yang menyeramkan untuk menarik minat si buaya betina.

Anda mungkin bertanya-tanya bagaimana bunyi seram itu terdengar?

Mari kita ikuti perkongsian dari pengguna TikTok @wildamericahd yang memuat naik video mengenai bunyi yang dihasilkan oleh buaya jantan tersebut.

Berdasarkan rakaman video selama 20 saat itu, buaya jantan dikatakan mengeluarkan bunyi tersebut semasa berusaha untuk kawin dengan buaya betina pilihannya.

Bunyi serupa dalam filem dinosaur

Menurut perkongsian itu, bunyi tersebut dikatakan mirip dengan bunyi yang digunakan dalam filem haiwan purba yang terkenal, Jurassic Park.

“Bunyi kawin buaya seperti yang terdapat dalam filem Jurassic Park,” tulis kapsyen perkongsian tersebut.

Perkongsian video ini juga mendapat pelbagai komen dari penonton yang menontonnya.

@wildamericahd The mating sounds of an alligator sound like something from Jurassic Park #wildamerica #animals #wildlife #alligator ♬ original sound – Wild America Official

Antara komen menarik yang ditinggalkan adalah:

“Bunyinya seperti dalam Jurassic Park kerana mereka menggabungkan bunyi dari pelbagai haiwan termasuk buaya,” tulis seorang netizen yang memberikan pendapat mengenai bunyi tersebut.

“Haiwan ini telah wujud sejak zaman dinosaur lagi,” tulis seorang netizen yang lain.

Baca Lagi:
Pasangan suami isteri terpaksa bercerai gara-gara lafaz taklik yang merapu
“Yang halal ada tapi masih cari yang haram, aku bagi suami kahwin lain, masalahnya skandal dia semua isteri orang!”
Bahaya tanam pokok betik tepi rumah, ini sebabnya
CATEGORIES