Sepasang kekasih bakal bergelar doktor gigi dicekup berkhalwat

Sepasang kekasih bakal bergelar doktor gigi dicekup berkhalwat

Sepasang kekasih bakal bergelar doktor gigi dicekup berkhalwat. Sepasang kekasih yang kedua-duanya bakal bergelar doktor gigi antara empat pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar Sungai Petani, awal pagi ini.

Pasangan penuntut sebuah universiti yang berusia 20-an itu ditangkap dalam Operasi Khas Mencegah Mungkar oleh sepasukan pegawai dan anggota Pejabat Agama Daerah Kuala Muda bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi ini setelah menerima maklumat awam dan risikan.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel disewa mereka di Bakar Arang selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Sepasang kekasih bakal bergelar doktor gigi dicekup berkhalwat

“Kami terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel untuk membuka bilik itu selepas 30 minit memujuk mereka. Pasangan itu memberi alasan lewat membuka pintu kerana sedang bersiap untuk balik ke asrama penginapan selepas selesai berbincang tugasan universiti di dalam bilik itu,” katanya di sini, hari ini.

Penuntut perempuan berasal dari Taiping dan pasangannya yang berasal dari Selangor yang menuntut dalam bidang pergigian kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat.

Sementara itu, Mohd. Noor berkata, pihaknya terlebih dahulu menahan sepasang kekasih di sebuah hotel di Bandar Puteri Jaya, di sini melalui serbuan pertama.

Baca Lagi:
Kaki calon PH Parlimen Sepang digilis kereta ketika berkempen
Calon PH Padang Serai meninggal dunia
Ramai orang tak tahu bertapa bezanya simpan duit berbanding simpan emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *