Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda

Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda

Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda. Netflix mengumumkan satu fungsi baharu untuk lebih memudahkan urus tadbir akaun dilakukan. Menerusi satu utusan di lamamn rasmi mereka, fungsi ini dikenali sebagai “Manage Access and Devices” dan apa yang pelanggan Netflix boleh buat adalah melog keluar peranti yang tidak berkenaan dariapda akaun Netflix mereka.

Fungsi sudahpun ada pada banyak perkhidmatan dalam talian seperti Google, WhatsApp, Telegram, dan macam-macam lagi.

Sebelum adanya ciri ini, satu-satunya cara untuk kita membuang peranti yang tidak berkenaan adalah dengan melog keluar akaun daripada semua peranti. Ia menjadi leceh kerana anda akhirnya perlu melog masuk ke peranti satu demi satu.

Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda

Salah satu situasi ciri “Manage Access and Devices” ini berguna adalah bila anda melog masuk Netflix di hotel, rumah sewa, ataupun rumah inap. Bila anda keluar daripada lokasi, anda terlupa untuk melog keluar dan tentunya sesiapa yang mengguna peranti itu selepas anda boleh menggunakan akaun anda dengan percuma.

Lupa nak log keluar Netflix daripada TV homestay? Ini ada fungsi baharu untuk bantu anda

Untuk mengakses “Manage Access and Devices” ia terletak dalam ruangan Account Setting dan boleh diakses melalui APP telefon pintar dan portal web.

Baca Lagi:
Kaki calon PH Parlimen Sepang digilis kereta ketika berkempen
Calon PH Padang Serai meninggal dunia
Ibu terkejut rumah 2 tingkat boleh banjir tingkat atas, rupanya anak buat ‘swimming pool’ guna air hujan
CATEGORIES