Semua terkejut isteri tiba-tiba suruh kahwin lagi satu, rupanya semua itu berpunca dari WhatsApp lama

Semua terkejut isteri tiba-tiba suruh kahwin lagi satu, rupanya semua itu berpunca dari WhatsApp lama

Semua terkejut isteri tiba-tiba suruh kahwin lagi satu, rupanya semua itu berpunca dari WhatsApp lama. TIDAK dapat dinafikan, melayari bahtera perkahwinan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) sememangnya menuntut kesabaran dan pengorbanan yang besar.

Mana tidaknya, cabaran yang dihadapi juga bukan calang-calang lebih-lebih lagi buat si isteri yang terpaksa menguruskan anak serta rumah tangga seorang diri tanpa suami di sisi.

Situasi ini secara tidak langsung boleh mencetuskan isu dalam rumah tangga dan boleh ‘membarah’ jika lambat ditangani.

Sebagaimana luahan yang dibuat oleh seorang lelaki ini, dia berkongsi kisah rumah tangganya yang hampir dilanda badai disebabkan silapnya sendiri yang tidak mempedulikan emosi isteri.

Semua terkejut isteri tiba-tiba suruh kahwin lagi satu, rupanya semua itu berpunca dari WhatsApp lama

Menurut lelaki yang enggan mendedahkan identiti itu, perkongsiannya diharapkan dapat diambil sebagai teladan oleh para suami lain agar tidak mengulangi kesilapan sama.

“Aku dah berkahwin lebih kurang tujuh tahun. Pada awalnya perkahwinan aku ni baik-baik saja. Isteri layan aku baik. Layan anak-anak pun baik. Pokoknya semuanya baik-baik saja.

“Tapi sejak dua menjak hari tu, aku mula rasa ada yang tak kena. Aku ni dah lebih kurang nak dekat empat tahun PJJ dengan isteri dan anak-anak. Balik time weekend je.

“Biasa kalau aku balik, isteri suka ajak bersembang. Kadang-kadang lepak dekat balkoni rumah sambil sembang-sembang tengah malam tengok bintang.

“Tapi sekarang isteri aku banyak berkepit dengan phone. Bercakap dengan aku pun acuh tak acuh,” luah bapa kepada tiga cahaya mata ini memulakan bicara.

Hairan dengan perubahan yang ditunjukkan isterinya, lelaki tersebut mengambil pendekatan untuk bertanya namun alasan yang diberikan hanyalah ‘penat’.

Bukan perubahan itu sahaja, isterinya juga dilihat tidak mementingkan penampilan seperti sebelum ini.

“Dia dah tak macam dulu. Kadang dekat rumah pun selekeh. Aku pernah tegur penampilan dia, berat badan dia yang dah makin naik, tapi jawapan dia ‘pergilah kahwin lain. Cari isteri yang cantik’.

“Aku memang betul-betul rasa dia dah lain. Isteri aku ni memang dari awal perkahwinan dia dah beritahu, dia tak anti-poligami. Tapi aku tak suka bila setiap kali aku tegur dia apa-apa, dia mesti akan bidas suruh aku kahwin lain.

“Dulu jarang dia menjawab cakap aku dengan ayat-ayat macam tu. Tapi sejak akhir ni asyik itu je yang dia cakap. Lama-lama aku rasa aku ni beban pada dia. Aku rasa dia tak sayang pun aku, meluat tengok muka aku sebab tu dia nak sangat aku kahwin lain,” kongsinya lagi.

Tambah lelaki berkenaan, perubahan demi perubahan yang ditunjukkan oleh isterinya membuatkan dia makin bingung apatah lagi pertanyaannya hanya dijawab acuh tidak acuh.

“Aku asyik fikir apa salah aku sampai dia jadi macam tu? Tapi betul ke salah aku?

“Satu malam tu aku tak dapat tidur sebab teringat dekat dia. Aku call, dia tak angkat. Tiba-tiba aku teringat dulu dia pernah merungut aku tak baca mesej-mesej WhatsApp yang dia hantar. Jadi malam tu aku terdetik nak baca segala mesej.

“Malam tu buat pertama kali aku baca setiap luahan hati dia yang aku tak pernah nak ambil tahu. Rupanya dia selalu nak mengadu dekat aku yang dia letih. Letih struggle jadi ‘single mom’ sepanjang weekdays.

“Dia mengharap aku selalu WhatsApp ambil berat pasal dia dan anak-anak, ungkap kata sayang pada dia selalu, sekurang-kurangnya benda tu bagi semangat pada dia untuk terus kuat.

“Tapi aku langsung tak tunaikan apa yang dia nak. Boleh kira dengan jari berapa kali aku tanya khabar dia dan anak-anak. Ungkap sayang?

“Setahun sekali pun susah. Bila dia hantar WhatsApp panjang lebar, aku cuma rasa yang dia ni mengada-ngada, saja nak cari gaduh,” luahnya.

Sehinggalah apabila membaca satu mesej WhatsApp yang dihantar isterinya sebelum ini, lelaki berkenaan serta merta tersentak dan dibayangi rasa bersalah yang teramat sangat.

“Ada satu WhatsApp dia hantar, dia mengadu pada aku minta izin untuk berhenti kerja. Dekat office dia hampir dicabul oleh supervisor dia.

“Bila buat aduan pada pihak atasan, officemate lain semua pulaukan dia kata dia buat fitnah. Dia dah hilang rasa seronok kerja dekat situ. Asyik kena buli. Kerja semakin bertambah. Dia penat sebab terpaksa balik lambat selalu.

“Terkedu aku baca mesej ni ya Allah. Lepas baca mesej-mesej tu aku tak dapat tidur. Bila dah lama PJJ, aku jadi lupa fitrah seorang isteri tu tak sama macam suami.

“Aku serah bulat-bulat semua urusan rumah dan anak-anak pada dia 100 peratus. Aku cuma bagi nafkah. Aku dah mula faham kenapa dia selalu bidas cakap aku dengan menyuruh aku kahwin lain. Bukan dia tak cemburu, tapi sebab dia dah tawar hati,” cerita lelaki berkenaan.

Tanpa menunggu lama, lelaki berkenaan nekad mengambil cuti keesokan hari untuk bertemu dengan isterinya dan memohon maaf atas kealpaannya selama ini.

“Sejak tu aku janji dengan dia aku takkan biarkan dia hadap semua benda ni seorang diri lagi. Aku buat keputusan untuk bawa isteri dan anak-anak stay dengan aku. Tak perlu PJJ lagi. Biar aku seorang je yang kerja.

“Aku bersyukur sebab aku masih belum terlambat untuk betulkan semuanya. Aku tak dapat bayang kalau aku baru tersedar semua ni saat dia dah tak ada bersama aku.

“Duit boleh dicari. Tapi isteri yang baik dan setia takkan pernah ada ganti. Selagi dia ada di sisi, layani, dengari, hargai. Jangan jadi macam aku… kedekut emosi,” akhirinya.

Luahan tersebut dikongsikan di laman Twitter oleh @tufairies dan sehingga kini meraih lebih 1,300 ulang kicau.

Baca Lagi:
Tular wanita nyanyi lagu dangdut siap gelek-gelek di majlis pengajian agama
3 kali terkena ‘game’ dengan lelaki, dah tak ada perasaan dah
“Hidup ini bukan satu perlumbaan”, kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia
CATEGORIES