3 kali terkena ‘game’ dengan lelaki, dah tak ada perasaan dah

3 kali terkena ‘game’ dengan lelaki, dah tak ada perasaan dah

3 kali terkena ‘game’ dengan lelaki, dah tak ada perasaan dah. Assalamualaikum kepada admin dan pembaca sekalian. Baiklah.. Sedikit pengenalan diri saya. Saya seorang wanita berusia 33 tahun. Saya telah pun single selama lebih kurang 2 tahun.

Untuk pengetahuan semua, dahulu saya pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki sebaya saya. Pada waktu itu usia saya 23 tahun. Kami bercinta lebih kurang 6 tahun.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertunang. Selepas hampir setahun pertunangan kami mengambil keputusan untuk bernikah.

Walaubagaimanapun, dua bulan sebelum pernikahan. Dia telah menyatakan bahawa dia hilang minat terhadap saya dan ingin memutuskan hubungan kami. Alasan diberi dia tiada perasaan lagi pada saya.

3 kali terkena 'game' dengan lelaki, dah tak ada perasaan dah

Namun suratan takdir, Allah menunjukkan sendiri pada saya bahawa sebenarnya dia telahpun menjalin hubungan dengan rakan sepejabatnya sendiri.

Wanita itu mengaku kepada saya bahawa dia tahu tentang pertunangan kami dan dia masih inginkan tunang saya kerana sudah terlanjur sayang. Saya sedih atas perpisahan itu, namun sedih saya tak lama.

Saya ada support system yang baik dan saya bersyukur kerana saya yakin takdir Allah terbaik buat saya. Mungkin juga kerana terlalu lama bersama dan memendam rasa.

Baiklah, selepas putus tunang, saya ambil masa beberapa bulan untuk diri sendiri. Saya tak nak kenal orang baru dan sebagainya.

Namun selepas 6 bulan, saya mula rasa ingin berkahwin memandangkan usia saya yang semakin meningkat. Saya cuba berkenalan dengan lelaki yang baru.

Saya ni orangnya tak mudah putus asa dan sentiasa akan mencuba peluang yang ada. Jadi lelaki pertama saya kenal pada awal mengaku bujang.

Tapi baru 3 hari kenal kantoi dah kahwin. Kantoi di media sosialnya. Saya ni bila kenal je dengan seorang lelaki tu saya akan selidik dulu.

Lelaki ke dua pun sama. Tapi yang tu lama sikit kawan, dalam sebulan. Saya selesa dengan dia. Gaya macam orang bujang. Rupanya dia berjauhan dengan isteri dia.

Patutlah dia selalu telefon atau pun video call dengan saya. Yang tu tricky sikit masa siasat. Sebab nama dia bagi tak sama dengan nama sebenar dia.

Samalah juga, Allah maha baik lindungi saya. Dia sendiri tak sengaja tertunjuk satu surat dari majikan dia yang ada nama penuh dia.

Saya terus cari dekat media sosial dan akhirnya jumpa gambar dia tengah elok bersanding dengan isterinya.

Kadang saya rasa apa lelaki ni semua memang tak jujur ke?? Kenapa sesetengah lelaki sanggup mempermainkan hati isteri, anak dan rumahtangga mereka??

Isteri mereka ni cantik-cantik dan nampak baik tau. Hairan saya.

Kedua-dua lelaki diatas saya terus putuskan hubungan. Cukuplah saya je rasa sakitnya kehilangan seorang tunang. Inikan pula suami. Saya bukan wanita seperti itu.

Baiklah, lelaki seterusnya ni kuat merajuk. Saya ni bukan budak belasan tahun lagi nak layan merajuk. Saya ni sendiri pun malas nak merajuk.

Jadi saya cakap saya tak boleh teruskan kalau macam ni. Saya penat balik kerja, nak pujuk dia pulak. Merajuk benda merepek pulak tu. Dia pun terima saja dengan gaya merajuk dia. Hahaha.

Kemudian saya berkenalan dengan seorang lelaki ni, Saya ambil masa sedikit untuk jatuh hati pada dia sebab sebelum tu dah rasa tawar hati nak bercinta dan kahwin. Tapi sisa rasa tu masih ada bila tengok orang sekeliling naik pelamin.

Lelaki ni dari segi fizikal bukan taste saya. Sama macam ex tunang saya. Bukan taste saya tapi itu pula yang saya nak. Haha.

Berbalik pada lelaki akhir ni, saya cuba juga sebab dia baik. Dia ambil berat tentang saya. Dia family guy. Dia tak pandai bersosial. Kemana mana dengan keluarga dia saja.

Cuma saya tak berapa berkenan sebab dia agak pentingkan diri. Bila ada isu sedikit dia akan minta saya faham dia. Bukan dia faham saya. Saya cuba ketepikan kerana anggap manusia semua tak sempurna.

Bila saya dah benar benar mula jatuh hati pada dia, saya perasan dia pula mula berubah. Rupanya di belakang saya, dia dah jumpa orang baru.

Dia mula berkenalan dan dia jujur pada saya dia mungkin akan serius dengan perempuan tu. Saya akur, saya undur diri. Walaupun rasa sakit.

Sekarang saya masih sendiri, dah hampir setahun. Tujuan saya meluah ni bukanlah nak kalian baca kisah cinta saya tu. Saya nak minta pendapat kalian. Macam mana nak ada semula rasa cinta dan sayang dalam jiwa?

Jujur hati saya dah mati rasa. Kadangkala saya rasa cinta didunia ni takkan pernah wujud untuk saya. Kadangkala saya rasa saya memang ditakdirkan bersendiri atas dunia ni.

Saya cuba kenal dengan orang lain, tapi saya tak mampu lagi tanam rasa minat, cinta dan sayang. Hati saya kosong-sekosongnya. Tawar-setawarnya.

Setiap kali ada yang hulur salam perkenalan, baru borak dua tiga perkataan. Saya dah mula rasa turn off. Rasa tak berminat nak teruskan perkenalan.

Boleh ke kalian beri pendapat macam mana nak wujudkan semula semangat saya nak berumah tangga?

Jujur dalam hati kadangkala ada juga timbul rasa nak ada suami dan anak anak. Tapi sekejap je. Lepastu semua hilang, buntu dan akhirnya saya rasa sangat selesa hidup sendiri.

Saya ada fikirkan hari tua nanti, siapa nak jaga saya kan. Tu salah satu sebab saya rasa saya nak berkahwin. Lagi 1, saya tak nak ayah dan ibu risau saya masih belum berumah tangga.

Terima kasih kerana kalian sudi membaca.

– Norish (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Bapa anak satu cuba goda doktor cantik, siap bagi alasan bini dekat rumah macam makcik, sekali ini yang jadi..
10 tahun tinggal di Malaysia, warga Nigeria saman kerajaan RM4 juta
5 senarai artis Malaysia hidup berpoligami dan kekal bahagia sampai sekarang, no 5 paling power sekali..
CATEGORIES