“Hidup ini bukan satu perlumbaan”, kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia

“Hidup ini bukan satu perlumbaan”, kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia

“Hidup ini bukan satu perlumbaan”, kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia. Tular perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ezairol Rezan Zainol mengenai soal perbelanjaan hidup. Apa yang menariknya, lelaki yang merupakan bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM ini mempunyai pendirian tersendiri dalam bebelanja seperti penggunaan kereta.

Meskipun dalam golongan T20, lelaki ini dan isterinya tidak kisah menggunakan kereta biasa-biasa untuk ke tempat kerja setiap hari. Jom baca perkongsiannya yang menjadi tular di facebook dan dikongsi lebih 11 ribu orang.

“Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan…”

“Hidup ini bukan satu perlumbaan", kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia

Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.”

Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.

Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.

Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.

Orang nak kutuk tu biasalah… Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.

Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.

Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu.

Kawan…

Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.

Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.

Nasihat Untuk Orang Muda

▪︎ Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…

▪︎ Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.

▪︎ Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.

▪︎ Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.

▪︎ Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.

▪︎ Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.

‘FAMILY CAR’ UNTUK PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG ATAU JARAK JAUH

“Hidup ini bukan satu perlumbaan", kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia

Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa, turut memiliki ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.

“Hidup ini bukan satu perlumbaan", kisah pilot dan isteri nekad berjimat dan tak kisah guna kereta Axia

Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.

Demikianlah perkongsian yang menarik daripada lelaki ini dan semoga boleh memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

Baca Lagi:
Murid darjah 3 saman guru KAFA sebanyak RM410,000
Perniagaan terlalu laris, mak sanggup terhadkan jualan nasi lemak sebab kesian dekat rezeki peniaga lain
Cikgu menyesal tanya soalan ‘mak ayah siapa sudah meninggal?’dekat murid darjah 1, sekali ini jawapan yang keluar…
CATEGORIES