Selepas kantoi bercuti di Auckland, ini jawapan MB Terengganu

Selepas kantoi bercuti di Auckland, ini jawapan MB Terengganu

Selepas kantoi bercuti di Auckland, ini jawapan MB Terengganu. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang ‘hilang’ dipercayai ke luar negara ketika rakyat negeri itu dilanda banjir besar, hari ini tampil memohon maaf secara terbuka.

Beliau pada masa yang sama menyatakan kekesalan tidak dapat bersama rakyat yang sedang menderita terutama sepanjang tempoh ktitikal banjir besar iaitu pada Isnin hingga Rabu lalu.

Selepas kantoi bercuti di Auckland, ini jawapan MB Terengganu

“Saya ingin mengambil kesempatan hari ini memohon jutaan kemaafan dari seluruh mangsa dan rakyat Terengganu ke atas apa yang telah berlaku.

“Saya faham saya tidak boleh memberikan apa jua alasan dan sudah tentu tidak dapat membetulkan keadaan ketiadaan saya di sini rakyat Terengganu pada waktu sebegini.

“Saya faham walau apa jua penjelasan yang saya berikan, ia tidak bermakna,” kataya menerusi siaran langsung di platform Facebook beliau di sini, pada Jumaat. ‘

Ahmad Samsuri turut menjelaskan keputusannya untuk ke luar negara itu dibuat kerana paras air Terengganu menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Menurutnya, beliau ada turun bertemu mangsa pada fasa pertama, malah sepanjang keberadaannya di luar negara, beliau sentiasa memantau rapat suasana banjir di negeri itu.

“Sebarang kekurangan dan kelemahan di pihak kerajaan negeri, saya mengambil memohon maaf daripada mangsa. Kita akan cuba baiki pada masa akan datang,” ujarnya.

Difahamkan beliau bercuti bersama keluarganya di Auckland, New Zealand sebelum mendapat kecaman dari orang ramai di platform media sosial, khususnya.

Kehilangan Naib Presiden Pas itu ketika banjir besar melanda Terengganu ketika ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan penduduk negeri itu.

Baca Lagi:
Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi
“Pak cik jual kerepek, adik nak beli tak? Kalau beli adik pelanggan pertama pak cik hari ni”
Niat nak berjimat order ‘ice water’, sekali yang sampai air bapak mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *