“Selamba joget depan-depan siap pegang perut”, rider dapat pinjam RM100 dari Vincent Tan

“Selamba joget depan-depan siap pegang perut”, rider dapat pinjam RM100 dari Vincent Tan

“Selamba joget depan-depan siap pegang perut”, rider dapat pinjam RM100 dari Vincent Tan. Seorang penghantar makanan dengan spontan mencuba nasib meminjam RM100 daripada jutawan tanah air terkenal, Tan Sri Vincent Tan baru-baru ini.

Gelagat lelaki tersebut dikongsikan menerusi TikTok miliknya @emychachacha sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan.

Dia yang juga seorang pempengaruh media sosial berkongsi kisah disebalik kejayaannya mendapat sekeping wang kertas RM100 daripada pengasas Berjaya Corporation Berhad itu.

"Selamba joget depan-depan siap pegang perut", rider dapat pinjam RM100 dari Vincent Tan

“Korang nak tahu tak, tadi aku datang balik kedai semalam (baru-baru ini) yang aku tak bayar minuman dia.
“Sebelum sampai ke kedai tu, aku terkejut jumpa seorang ‘uncle’ (Vincent Tan) ini. ‘Uncle’ tu aku pernah nampak sebelum ini tapi aku tak ingat.
“Lepas tu aku saja cakap nak pinjam seratus, dia bagi aku RM100. Rezeki aku,” katanya sambil menunjukkan sekeping wang kertas RM100.

Difahamkan, ketika kejadian tersebut, Vincent Tan berada di Bukit Bintang bagi merasmikan sebuah kedai di sana.

Dalam pada itu, Emy mengucapkan terima kasih kepada ahli perniagaan tersebut dan mendoakan beliau agar sentiasa dimurah rezeki.

Dalam video sama yang dikongsikan Emy, memaparkan gelagatnya menari di sebelah Vincent Tan sambil ditonton orang awam ketika melalui laluan tersebut.

Namun begitu, Vincent Tan hanya berdiri sambil tersenyum dan tertawa melihat aksi penghantar makanan berkenaan.

@emychachacha korang kenal tak uncle ni ?? ☺️ terima kasih uncle semoga dimurahkan rezeki 😁 bolehkan macam ni ?? 😌 #thaistreetmart #vaultvape #vapeboxx #vapeboxx12k ♬ original sound – emy_chachacha

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap selamba Emy meskipun berhadapan dengan individu berpengaruh negara.

“Memang selamba dia ini… Vincent Tan tu!,” komen @Katty.
“Selamba kau memang level ‘King’, siap menari, siap usap perut Tan Sri Vincent Tan. Kalau aku kat sebelah tu memang senyum monyet sampai sudah, kau siap gelek, apa ada hal,” ujar @Ayuni.
“Jangan lupa pulangkan balik RM100 tu, sebab pinjam bukan minta,” seloroh @Ezad.
Baca Lagi:
Ibu mentua anggap bukan wanita sejati sebab beranak czer, suami ceraikan isteri sebab ikut cakap ibu
‘Belum pernah ada pemandu masuk penjara sebab cermin gelap’ – Anthony Loke
Pengguna Facebook dan Instagram akan dikenakan caj RM50 sebulan bermula November ini
CATEGORIES