Pengguna Facebook dan Instagram akan dikenakan caj RM50 sebulan bermula November ini

Pengguna Facebook dan Instagram akan dikenakan caj RM50 sebulan bermula November ini

Pengguna Facebook dan Instagram akan dikenakan caj RM50 sebulan bermula November ini. Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan laman sosial Facebook dan Instagram akan memperkenalkan perkhidmatan langganan kepada pengguna di kebanyakan negara Eropah. Secara tidak langsung menyekat iklan daripada muncul di kedua-dua platform tersebut.

Caj Rm50 Sebulan Untuk Facebook & Instagram

Kadar caj yang dikenakan kepada pengguna adalalah sebanyak €9.99 (RM50.43) sebulan sekiranya mahu menikmati pengalaman tanpa iklan.

Pengguna Facebook dan Instagram akan dikenakan caj RM50 sebulan bermula November ini

Perkhidmatan tersebut diperkenalkan untuk pengguna di Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) serta Switzerland bermula November ini.

Menurut Meta, langganan itu bertujuan untuk mengatasi kebimbangan yang disuarakan EU sebelum ini, dan bukannya mahu mengaut keuntungan.

“Pilihan untuk membeli langganan tanpa iklan mengimbangi keperluan pengawal selia Eropah sambil memberi pilihan kepada pengguna serta membenarkan Meta untuk terus berkhidmat kepada semua pihak di EU, EEA dan Switzerland,” kata Meta.

Pengguna akan diberi pilihan sama ada untuk terus menggunakan platform secara percuma di mana data mereka dikumpul, atau membayar untuk mengelak daripada iklan yang disasarkan.

Perkhidmatan itu akan mengenakan bayaran tambahan €3 (RM15) sebulan jika digunakan pada peranti iOS atau Android selepas mengambil kira yuran tambahan yang diambil oleh platform tersebut.

Baca Lagi:
‘Belum pernah ada pemandu masuk penjara sebab cermin gelap’ – Anthony Loke
Ibu mentua anggap bukan wanita sejati sebab beranak czer, suami ceraikan isteri sebab ikut cakap ibu
Wanita terkejut kulit bertukar warna lain selepas makan lobak selama 3 bulan
CATEGORIES