Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban

Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban

Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban. Percaya atau tidak, perkara-perkara mistik dan berkaitan alam ghaib bagaikan dekat sahaja dengan kita. Meskipun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kewujudannya boleh dirasai. Lazimnya, tempat-tempat yang usang atau terasing daripada orang ramai sering dikaitkan dengan ‘kawasan keras’ atau sebagai ‘rumah mereka’

Kebetulan ayam semakin berkurang…Nekad tunggu dan cari punca sebenar

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa aneh apabila menyedari jumlah ayam yang dipelihara saban hari semakin berkurang. Disebabkan tidak mahu terus dibelenggu tanda tanya, dia nekad untuk menunggu dan mencari punca sebenar di sebalik kehilangan haiwan peliharaannya.

Selamba je lelaki ini rakam 'pontianak' makan ayam dalam reban

Hantu makan ayam…Jelas nampak muka dia terkejut dekat tepi reban

Segala persoalan akhirnya terjawab apabila lelaki tersebut berjaya menemui seekor pontianak yang sedang berdiri di tepi reban. Lelaki itu juga terlihat tenang ketika berdepan dengan makhluk berambut panjang tersebut malah sempat menyuluh hingga menampakkan wajah sebenar. Seolah-olah sudah ‘kantoi’, entiti berkenaan hanya pegun berdiri tanpa berniat melarikan diri.

@0tai42 #fyp #OtaiClassic #gengalzabiru ♬ bunyi asal – ABAH_SADO5865

Berani betul pak cik…Padulah ni paling jelas nampak muka Cik Ponti

Bagaikan tidak percaya dengan kemunculan entiti berkenaan, rata-rata netizen berasa terkejut sebaik melihat rakaman itu. Malah, masing-masing berasa kagum dan memuji keberanian lelaki berkenaan berdepan dengan makhluk tersebut. Secara keseluruhan, rakaman itu berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Selamba je lelaki ini rakam 'pontianak' makan ayam dalam reban

Selamba je lelaki ini rakam 'pontianak' makan ayam dalam reban

Selamba je lelaki ini rakam 'pontianak' makan ayam dalam reban

Selamba je lelaki ini rakam 'pontianak' makan ayam dalam reban

Baca Lagi:
Lelaki bertelekung curi handphone jemaah wanita ketika solat subuh
Moratorium 6 bulan untuk pelanggan terjejas banjir – Agrobank
Keadaan al-Quran tak terjejas, sedangkan mesin basuh dan tong gas semua terbalik
CATEGORIES