Lelaki bertelekung curi handphone jemaah wanita ketika solat subuh. Zaman sekarang, ramai penjenayah sanggup lakukan apa saja demi kepentingan sendiri tak kira tempat ataupun masa. Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki kecoh di laman Twitter apabila menyamar sebagai wanita semata-mata untuk mencuri sewaktu jemaah khusyuk menunaikan solat Subuh.
Mohon pertolongan warga #ShahAlam #Seksyen18ShahAlam yang kenal hamba Allah yang sanggup menyarung telekung untuk curi iPhone X mak saya subuh hari ini 20 Dis 2022 untuk beritahu pulangkan balik iPhone X tersebut.
Saya tawarkan ganjaran kpd yg dapat pulangkan ia semula. pic.twitter.com/oDH3mzUtUu
— Azfar (@azfrrr) December 20, 2022
Lelaki bertelekung sanggup ceroboh ruang wanita…curi waktu jemaah sujud ketika solat Subuh
Perkara itu dikongsikan oleh saudara Azfar, yang mendakwa ibunya telah kehilangan sebuah telefon bimbit gara-gara dicuri lelaki tersebut. Terdahulu, suspek mengambil telekung di rak almari. Selepas memastikan kehadirannya tidak disedari sesiapa, dia kemudian ceroboh ke dalam ruang solat wanita di Sek. 18 Shah Alam tersebut dan menanti waktu mereka sujud. Pun begitu, insiden yang terjadi pada Rabu lalu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Disaat hamba Allah lain sujud di waktu subuh, ada yang ambil kesempatan untuk mengambil hak orang lain.
Haih. Sakit hatinya Allah je yang tahu. Semoga dia ni diberi balasan setimpalnya. pic.twitter.com/lIucWsIlbf
— Azfar (@azfrrr) December 20, 2022
Disyaki bukan kali pertama berlaku…telefon bimbit dicuri ketika solat Isyak
Apa yang lebih mengejutkan, kejadian itu dipercayai bukan kali pertama berlaku di sekitar Shah Alam. Pengguna akaun Twitter @adibahib turut mendakwa ibunya juga pernah kehilangan telefon bimbit oleh suspek yang sama ketika menunaikan solat Isyak. Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki itu malah berani ceroboh ke dalam ruang solat wanita tanpa menutup langsung wajahnya.
Same thing happened to my mom last night time solat isyak dkt masjid hidayah Sek18 Shah Alam. And rasa mcm orang sama ni.. pic.twitter.com/Ygo1fcb815
— ct (@adibahib) December 21, 2022
Bangun pagi-pagi bukan nak pergi kerja, tapi merompak…apa bendalah perangai macam ni
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan suspek yang awal-awal pagi lagi dah sibuk ‘mengumpul’ dosa. Dalam waktu yang sama, mereka turut menasihati jemaah wanita tak kira umur supaya lebih berhati-hati menjaga barang peribadi masing-masing.