6 buah negeri bakal dilanda banjir dalam tempoh 24 jam dari sekarang

6 buah negeri bakal dilanda banjir dalam tempoh 24 jam dari sekarang

6 buah negeri bakal dilanda banjir dalam tempoh 24 jam dari sekarang. Ketika ini, negeri seperti Kelantan dan Terengganu sedang menghadapi bencana banjir dengan lebih 1000 mangsa telah pun dipindahkan ke PPS banjir.

Terbaru, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Memetik laporan Harian Metro, antara kawasan yang bakal terbabit di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau) berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini.

6 buah negeri bakal dilanda banjir dalam tempoh 24 jam dari sekarang

Manakala di Pahang, tiga daerah dijangka akan terbabit ialah Kuantan di sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).

Sementara itu, di Perak, dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang), manakala di Selangor, ia membabitkan Klang.

Bagi Terengganu pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu), manakala di Sabah ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan untuk membolehkan semua penduduk terutama sekali di kawasan berisiko untuk sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh yang disebut.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu, ini beza ‘guna sebelum’ & ‘baik sebelum’ pada label produk makanan & minuman
Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi
Ruhainies kongsi video bersandar di kerusi ‘gaming’, ramai netizen komen nampak sesuatu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *