Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di ‘ragging’ sampai pekak telinga kiri

Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di ‘ragging’ sampai pekak telinga kiri

Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di ‘ragging’ sampai pekak telinga kiri. Kisah pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat penderaan dilakukan oleh rakan seangkatannya cukup memberikan kesan hiba buat keluarga serta rakyat Malaysia. Namun nampaknya, masih ada pihak yang langsung tidak mengambil ikhtibar dan tergamak melakukan jenayah sama.

Disebat guna getah paip di tapak kaki…Digigit di telinga dengan kuat

Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di 'ragging' sampai pekak telinga kiri

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @ummiiiiinmo mendedahkan perkara sedih yang dialami oleh adiknya saat menjalani kursus di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang. Difahamkan, beberapa orang senior atasan melakukan tindakan ragging melampau termasuklah sehingga telinga kirinya pekak sewaktu hari kejadian.

Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di 'ragging' sampai pekak telinga kiri

Buat semua ni sebab nak ajar hormat senior katanyaaaaaaaa…Kita balas secara legal

Memang benar kursus ketenteran menuntut seseorang untuk berjiwa kental, namun penderaan yang dibuat itu memberikan impak emosi sampaikan pelatih tersebut berada dalam ketakutan. Paling tak masuk akal, si pelaku membuat semua kekerasan itu kononnya dengan motif mendidik rasa hormat kepada orang atasan.

Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di 'ragging' sampai pekak telinga kiri

Yang baju biru no 2 kata “Apa bapa kau boleh buat? Aku ada cable bintang 3…Kalis tindakan

Patutlah mereka berani bertindak sebegitu, rupanya salah seorang daripada pelaku mempunyai pertalian dengan satu cable besar. Gadis ini berkata pihaknya sudah pun melaporkan hal tersebut kepada pegawai dalaman namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Sebab nak ajar hormat senior, pelatih TUDM di 'ragging' sampai pekak telinga kiri

Masuk tentera udara dah macam sekolah asrama…Kau la terpaling high council

Kejadian itu berlaku saat si adik sedang menjalani kursus, semua pelaku sekarang sudah pun memasuki alam pekerjaan. Kini pihak keluarga sedang menunggu hasil siasatan pihak polis.

Baca Lagi:
CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat
Orang lain sibuk nak keluarkan KWSP, lelaki ini hanya dengan jual belut raih RM150,000 sebulan
PN bakal bentuk kerajaan?, angka 126 ditulis pemimpin BERSATU jadi tanda tanya
CATEGORIES