CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat

CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat

CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Dr Mohd Muzzammil Ismail bertindak ‘kunci mulut’ mengenai desas-desus pemecatannya daripada jawatan itu.

Ketika dihubungi, beliau hanya menjelaskan mengenai status kontrak yang sepatutnya berakhir Oktober 2024.

CEO Yayasan Peneraju kunci mulut selepas tular dipecat

“Maafkan saya kerana tidak dapat memberi sebarang komen berkenaan kontrak.
“Kontrak sepatutnya habis pada Oktober tahun hadapan (2024).
“Sekarang banyak khabar angin (pemecatan) bukan sahaja (melibatkan) Yayasan Peneraju, Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) dan agensi lain juga begitu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Sebelum ini Bendahari UMNO Kuala Kedah itu dilantik ke jawatan berkenaan pada Oktober 2020.

Sementara itu semakan di laman web Yayasan Peneraju pada bahagian pihak pengurusan gagal menemui sebarang maklumat mengenai kedudukan Mohd Muzzammil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Baca Lagi:
PN bakal bentuk kerajaan?, angka 126 ditulis pemimpin BERSATU jadi tanda tanya
Kerajaan Amerika Syarikat larang aplikasi Tiktok, rupanya ini CEO TikTok yang ramai tak tahu
Orang lain sibuk nak keluarkan KWSP, lelaki ini hanya dengan jual belut raih RM150,000 sebulan
CATEGORIES