Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik’ Water Heater’

Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik 'Water Heater'

Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik’ Water Heater’.

Satu keluarga termasuk pembantu rumah maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur kelmarin.

Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.

Satu keluarga termasuk pembantu rumah mati didalam bilik air terkena renjatan elektrik 'Water Heater'

Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.

“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.

“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.

“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.

Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.

Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.

Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian mereka.

Baca lagi:

[VIDEO] Cara mudah untuk pastikan ‘Water Heater’ selamat digunakan atau tidak

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Ibubapa kecewa dakwa buku Sains Tahun 6 serabut, padat…

Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.