Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’

Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’

Sepasang suami isteri mati dalam bilik air terkena renjatan elektrik ‘water heater’. Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air rumah di tingkat 2, flat lima tingkat tersebut.

“Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus letrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah dipanggil untuk membantu mematikan arus letrik rumah.

“Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik sewaktu cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air semasa kejadian berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata menurut saksi, iaitu anak perempuan mangsa, 10, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus letrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan letrik pada masa itu.

Ramli berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan umur dua hingga 10 tahun.

“Kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa,” katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Baca Lagi:

Gara-gara mulut terlampau laser, jiran bina tembok sepanjang 10 meter

Pak Belang kejar ‘rider’ sejauh lima kilometer

Ramai yang tidak tahu ubat penawar paling mujarab bagi demam, batuk dan selsema adalah ‘GARAM’

CATEGORIES
TAGS