Kenapa Bill Gates pilih peranti Android dan bukannya Iphone, ini sebabnya…

Kenapa Bill Gates pilih peranti Android dan bukannya Iphone, ini sebabnya…

Kenapa Bill Gates pilih peranti Android dan bukannya Iphone, ini sebabnya…

Segelintir masyarakat pernah melabelkan peranti iPhone keluaran Apple hanya dikhaskan kepada mereka yang tergolong dalam golongan ‘bangsawan’ kerana harganya perantinya yang begitu mahal.

Namun siapa sangka pengasas Microsoft, Bill Gates mendedahkan bahawa beliau lebih memilih untuk menggunakan peranti Android berbanding iPhone, lapor akhbar Independent.

Dalam satu temu bual menerusi platform Clubhouse bersama Andrew Ross Sorkin dan pembantu pengasas Clubhouse, Gates berkata bahawa beliau kini lebih memilih untuk menggunakan peranti Android disebabkan jalinan kerjasama yang telah dimetrai bersama Android dalam penciptaan kesemua perisian Microsoft.

bill

“Saya sebenarnya menggunakan peranti Android untuk memudahkan segala urusan pekerjaan saya. Tidak dinafikan, iPhone juga saya guna, tetapi ketika ini saya lebih bergantung sepenuhnya kepada penggunaan peranti Android.

“Lagi pula sesetengah pembangun peranti Android boleh memasang perisian Microsoft dengan mudah sekali. Peranti ini lebih fleksibel apabila perisian saling berhubung dengan sistem operasi Android yang tidak begitu rumit,” tambah Gates lagi.

Umum tahu bahawa Microsoft sebelum ini pernah menghasilkan telefon pintar yang digelar sebagai Windows Phone. Namun projek tersebut gagal kerana Microsoft didapati mengalami kekangan untuk menghasilkan kemaskini aplikasi yang terbaik untuk telefon pintar mereka.

Untuk rekod, Microsoft sejak 2017 telah menjalinkan kerjasama dengan Google dan pembangun peranti jenama Samsung untuk menghasilkan jalinan ekosistem antara telefon pintar Android dengan peranti yang dikuasakan dengan Windows 10 seperti ekosistem Apple iOS dan MacOS. Office, OneDrive, Outlook dan Cortana merupakan antara perisian Microsoft yang disesuaikan dengan peranti Samsung Galaxy.

Kesimpulannya, Bill Gates pilih peranti Android kerana ia bakal memudahkan urusan sehariannya dan lebih Microsoft friendly. Anda setuju dengan pandangan Bill Gates?

Baca Lagi:

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Guru dimaki ‘Scammer’ berang hanya dapat 5 sen sahaja

Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4

CATEGORIES