Tular Video pemandu Mercedes tunjuk isyarat lucah setelah ‘Koyak’ ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R

67b9079b 0f77 4a68 8c0e 99a7c1709f77

Tular Video setelah ‘Koyak’ ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R, pemandu mercedes tunjuk isyarat lucah.

Umpama cacing hendak jadi naga’, itulah perumpaan yang sesuai ditujukan kepada seorang pemilik Mercedes-Benz apabila mengamuk dengan menyebut kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat jari lucah apabila ditinggalkan jauh kebelakang oleh sebuah Nissan GT-R R35.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu Mercedes memotong kenderaan lain menggunakan kesemua lorong untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tular Video setelah 'Koyak' ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R, pemandu mercedes tunjuk isyarat lucah

Tidak lama selepas itu, dia terjumpa sebuah Nissan GT-R yang sedang menukar lorong ke kiri dan dia terus ‘mencucuk rapat’ di belakang kereta tersebut mahu cuba bersaing dengan berkuasa tinggi Jepun itu.

Bagaimanapun terbukti kereta Mercedes itu sememangnya ‘makanan’ Nissan GT-R apabila kereta tersebut jauh ketinggalan kebelakang sehingga mencetus kemarahan pemandu Mercedes.

Rakaman video berdurasi hampir dua minit itu telah meraih perhatian orang ramai yang bimbang dengan aksi berbahaya mereka memotong kenderaan lain menggunakan keempat-empat lorong yang ada.

Pada masa sama, orang ramai juga berasa sedikit geli hati apabila melihat reaksi pemandu Mercedes ‘koyak’ setelah ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R yang dia cuba cabar pada awalnya.

Tular Video setelah 'Koyak' ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R, pemandu mercedes tunjuk isyarat lucah

Tular Video setelah 'Koyak' ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R, pemandu mercedes tunjuk isyarat lucah

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua pemandu ini tidak wajar diikuti dan diamalkan oleh orang ramai kerana ia salah dari segi undang-undang serta boleh mendatangkan musibah kepada pengguna jalan raya lain.

Baca Lagi:

Langgar SOP: Najib soal kenapa Kit Siang tidak disaman? Ini jawapan KJ

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.