“Rupa cantik pun kena tinggal”, rupanya ini punca sebenar pemain bola sepak pukul teman wanita

“Rupa cantik pun kena tinggal”, rupanya ini punca sebenar pemain bola sepak pukul teman wanita

“Rupa cantik pun kena tinggal”, rupanya ini punca sebenar pemain bola sepak pukul teman wanita. Nama seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan menjadi hangat selepas didakwa membelasah teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan.

Kenal wanita lain

"Rupa cantik pun kena tinggal", rupanya ini punca sebenar pemain bola sepak pukul teman wanita

Memetik laporan Harian Metro, berkemungkinan punca pergaduhan disebabkan pemain bola sepak itu ingin bertunang dengan wanita lain dalam tempoh terdekat ini.

Susulan itu, kekasih pemain bola sepak terbabit yang juga seorang doktor menemui lelaki berkenaan di sebuah hotel untuk berbincang.

Bagaimanapun, ketika cuba memujuk, lelaki itu bertindak kasar dengan dengan memukul, mencekik, menggigit lengan sebelum mencampaknya ke lantai.

Selepas mengetahui pemain bola sepak itu sebenarnya mahu bertunang dengan individu lain, wanita berkenaan nekad mahu berjumpa untuk berbincang kerana sebelum ini lelaki itu tidak pernah memberitahu bahawa dia mahu bertunang.

Pemain bola sepak berkenaan mengenali wanita itu kita berpindah ke pasukan baharu dan sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, kekasih kepada bekas pemain bolasepak pasukan kebangsaan Malaysia telah memuat naik beberapa gambar dirinya yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dengan mendakwa dikasari teman lelakinya.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat kesan lebam akibat dipukul pemain bola berkenaan.

Berikutan itu, pemain bola sepak berusia 31 tahun disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel di sini, ditahan, semalam.

Baca Lagi:
Lelaki jadi jutawan selepas mesin ATM rosak, duit keluar sendiri RM7.4 juta tanpa dikesan pihak bank
Suami letak kamera monitor bayi, sekali terkejut ada kelibat isteri dengan lelaki lain, akhirnya ini yang terjadi
Ikut trend langgar bahu, Eyka Farhana bercuti dengan Akhyar didakwa check in bilik asing-asing, sekali ini respon tuan badan
CATEGORIES