Pelajar universiti temui kepala tikus dalam makanan cetus perdebatan netizen selepas pihak universiti kata leher itik

Pelajar universiti temui kepala tikus dalam makanan cetus perdebatan netizen selepas pihak universiti kata leher itik

Pelajar universiti temui kepala tikus dalam makanan cetus perdebatan netizen selepas pihak universiti kata leher itik. Seorang pelajar di China menemui seketul daging berbentuk seakan kepala tikus ketika menikmati hidangan yang dibelinya dari sebuah kafeteria, lapor laman berita Mothership semalam.

Akhbar Shanghai Daily melaporkan, ketulan berwarna hitam, berbulu dan bergigi itu ditemui pada 1 Jun lalu di kafeteria Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang.

Kepala tikus itu ditemui di celah nasi dan potongan kacang panjang.

Pelajar universiti temui kepala tikus dalam makanan cetus perdebatan netizen selepas pihak universiti kata leher itik

Pelajar lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan kafeteria.

Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa objek yang tidak dapat dikenal pasti itu merupakan daging itik.

Pelajar itu kemudian memuat naik video penemuan kepala tikus itu di media sosial dan ia mencetuskan bantahan orang ramai.

Pada 3 Jun lalu, pihak pentadbiran mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ‘pemeriksaan dan perbandingan berulang kali’, mereka mendapati ketulan itu merupakan leher itik.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan sengit di mana netizen mempertahankan bahawa ia merupakan kepala tikus.

Susulan kejadian tersebut, kafeteria itu kurang menerima pelanggan selepas pelajar lebih memilih untuk memesan makanan dari luar kolej.

Baca Lagi:
Pelanggan nak beli nasi kosong tanpa lauk, peniaga berkeras tak bagi, rupanya ada kisah sebenarnya
Khasiat buah durian memang banyak tapi kena hati-hati boleh jadi racun sebenarnya
Ikut trend langgar bahu, Eyka Farhana bercuti dengan Akhyar didakwa check in bilik asing-asing, sekali ini respon tuan badan
CATEGORIES