Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma’ Harun

Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma’ Harun

Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma’ Harun. Beberapa negeri ketika ini, khususnya di Pantai Timur sedang dilanda banjir teruk susulan musim tengkujuh.

Menurut laporan setakat Khamis, lebih 65,000 penduduk dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak dilaporkan terjejas dengan sebahagian besar daripadanya terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menyusuri perkongsian di media sosial pula, hati bertambah sebak apabila melihat rumah penduduk ditenggelami air, malah ada yang hanyut dibawa arus, membuatkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Dalam menghadapi situasi sukar ini, selain mengikut arahan pihak berkuasa, kebergantungan seharusnya diletakkan kepada Yang Maha Esa.

Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma' Harun

Satu perkara yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan kita khususnya yang terlibat dengan musibah ini, sama ada mangsa mahupun petugas bencana dibolehkan untuk melakukan solat jamak.

Merungkai persoalan ini, tokok pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan pencerahan menerusi satu perkongsian di Facebook.

Jelas Ustazah Asma’, menurut Mazhab Syafie, keringanan yang membolehkan seseorang menjamakkan (menghimpunkan) solatnya itu ada dua iaitu ketika bermusafir dan ketika hujan.

Namun ada sebahagian ulama fiqh termasuklah sebahagian ulama Mazhab Syafie, mereka berpandangan bahawa ada sebab lain lagi yang membolehkan seseorang jamak solat kerana banjir jika memang ada masyaqqah (darurat).

Antaranya adalah ketika tidak ada hujan dan tidak bermusafir, ini berdasarkan kepada hadis:

Maksudnya: Daripada Ibni Abbas RA katanya “Rasulullah SAW menjamakkan solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya’ di Madinah bukan kerana takut dan tidak pula kerana hujan. Lalu ada orang bertanya kepada Abdullah bin Abbas, apakah yang baginda SAW inginkan dengan hal tersebut? Abdullah bin Abbas menjawab, baginda SAW ingin supaya dia tidak membebankan seorang pun dari umatnya.” (HR Muslim, hadis sahih)

Menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, tidak boleh melakukan jamak kerana banjir, kerana banjir tidak termasuk dalam keuzuran yang mengharuskan jamak solat.

Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma' Harun

Namun sebahagian ulama fiqh berpendapat boleh jamak solat kerana banjir.

Maka dengan pandangan yang kedua ini membolehkan seseorang melakukan jamak dua solat kerana banjir.

Walaubagaimanapun, apa yang lebih baik baginya adalah tidak melakukan jamak, kerana:

1. Melaksanakan solat dalam waktu asalnya adalah lebih afdhal.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya solat itu adalah suatu kefardhuan atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya.” (Surah an-Nisa: 103)

2. Untuk keluar dari khilaf ulama.

Dalam kaedah fiqh menyebutkan:

“Sesiapa yang diberati dengan sesuatu maka dia boleh bertaqlid kepada ulamak yang mengharuskan.”

Jelas Ustazah Asma’. solat jamak dibolehkan atas beberapa faktor seperti berikut:

1. Perjalanan (musafir) yang melebihi 91 kilometer.

2. Hujan lebat bagi orang yang biasa melazimi solat berjemaah di masjid.

3. Sakit kuat.

Ustazah Asma’ turut memetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan, seseorang itu berada di pusat penempatan sementara yang disediakan, contohnya di dewan orang ramai, sekolah-sekolah dan sebagainya.

Maka, menunaikan solat secara jamak tidak dibolehkan kerana pada situasi tersebut, mangsa banjir ditempatkan secara beramai-ramai dan kawasan penempatan tersebut kering dan lapang.

Sementara itu pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fatwa Mu’asiroh, beliau mengharuskan jamak dalam keadaan uzur dan darurat sahaja.

Contohnya, rumah dimasuki air, tiada tempat untuk solat, hujan masih turun, pakaian dan keperluan harian serba kurang, keperluan air pula terhad, dan situasi darurat ketika menunggu untuk dibawa ke PPS.

Menjawab soalan yang diajukan, kesimpulannya mereka yang terlibat dengan bencana banjir dibolehkan melaksanakan solat fardhu secara jamak sekiranya:

1) Berada dalam situasi mendesak seperti ketika rumah sedang dinaiki air sehingga tiada tempat untuk solat.

2) Semasa sedang menyelamatkan diri dan harta semasa banjir.

3) Situasi darurat semasa menunggu untuk dibawa ke PPS.

Bagi mangsa banjir yang ditempatkan secara beramai-ramai di kawasan penempatan kering dan lapang serta tidak ada darurat padanya, mereka hendaklah melakukan solat secara sempurna tanpa menjamakkannya.

Semoga pencerahan Ustazah Asma’ dapat merungkai persoalan yang berlegar berkaitan hukum menjamakkan solat ketika banjir. Semoga bermanfaat!

Baca Lagi:
‘Lelaki Asia memang lain dari lain’, gadis Rusia puji cara lelaki Malaysia layan pasangan, siap tunjuk bukti
Wanita berjubah rompak kedai emas seorang diri
Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak ‘Cik Man’ dalam filem ‘Rock Oo’ ketika sesi bergambar
CATEGORIES