Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak ‘Cik Man’ dalam filem ‘Rock Oo’ ketika sesi bergambar

Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak ‘Cik Man’ dalam filem ‘Rock Oo’ ketika sesi bergambar

Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak ‘Cik Man’ dalam filem ‘Rock Oo’ ketika sesi bergambar. Aksi Kamarool ketika mengambil gambar bersama anaknya itu mencuit hati apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem Rock Oo! yang mencuit hati.

Gelagat pelakon veteran Kamarool Yusoff ketika meraikan kejayaan anak perempuannya iaitu Nur Najihah Kamarozaman yang menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Jumaat lalu mencuri perhatian warganet.

Netizen yang tercuit hati dengan foto tersebut memberitahu pelakon yang pernah popular menerusi filem Gila-Gila Remaja berkenaan memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga turut menjadi ‘mangsa’.

Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak 'Cik Man' dalam filem 'Rock Oo' ketika sesi bergambar

Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool, 64, memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.

Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak 'Cik Man' dalam filem 'Rock Oo' ketika sesi bergambar

“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.

“Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man,” komen netizen.

Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).

“Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda,” tulisnya.

Pelakon Kamarul Yusoff rosakkan gambar konvo anak buat gaya watak 'Cik Man' dalam filem 'Rock Oo' ketika sesi bergambar

Netizen doakan semoga Najihah terus berjaya

Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!

“Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.

“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah,” komen netizen.

Baca Lagi:
Syamsul Yusof saman JAWI RM10 juta kes kahwin dua
Selamba je lelaki ini rakam ‘pontianak’ makan ayam dalam reban
Ramai netizen terkejut, pelakon Gerak Khas tinggal di rumah sewa selama 32 tahun dan akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES