Tergamak si ibu buang bayi dalam tong sampah, mayat ditemui di pusat kitar semula

Tergamak si ibu buang bayi dalam tong sampah, mayat ditemui di pusat kitar semula

Tergamak si ibu buang bayi dalam tong sampah, mayat ditemui di pusat kitar semula. POLIS United Kingdom (UK) menemukan mayat seorang bayi lelaki di pusat kitar semula di Waterbeach, Cambridgeshire, pada 29 November lalu.

Menurut kakitangan pusat kitar semula itu, bayi tersebut berkemungkinan dibuang dalam tong sampah di Peterborough dan perumahan di sekitarnya iaitu March, Whittlesey, Melbourn atau jalan di luar Mill Road di Cambridge.

“Polis sedang meneruskan usaha mereka bersama pihak berkuasa untuk mengetahui tentang perkara yang berlaku ke atasnya,” menurut laporan pihak polis tempatan.

Tergamak si ibu buang bayi dalam tong sampah, mayat ditemui di pusat kitar semula

Gambar hiasan

Ketua Detektif, Superintendan John Massey berkata pihak polis sedang meneroka setiap kawasan yang berpotensi menjadi lokasi asal bayi dibuang.

“Kami masih menyiasat kejadian tragis ini dan cuba mencari ibu bayi itu untuk menawarkan semua sokongan yang diperlukan,” ujarnya.

Polis juga berjaya mendapatkan DNA bayi itu, tetapi masih berusaha menjejaki ibunya.

“Kami masih berfikiran terbuka tentang kejadian yang telah berlaku dan sedang meneroka setiap daerah yang berpotensi menjadi lokasi asal bayi tersebut dibuang,” katanya.

Pihak polis juga menggesa sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini untuk menghubungi mereka segera.

Baca Lagi:
TMJ sebut pasal Mbappe
‘Lelaki Asia memang lain dari lain’, gadis Rusia puji cara lelaki Malaysia layan pasangan, siap tunjuk bukti
Wanita berjubah rompak kedai emas seorang diri
CATEGORIES