China curi bangkai kapal perang dunia ke-2 di laut Malaysia

China curi bangkai kapal perang dunia ke-2 di laut Malaysia

China curi bangkai kapal perang dunia ke-2 di laut Malaysia. Kementerian Pertahanan UK mengecam tindakan kapal asing yang mencemar kubur tentera maritim yang tenggelam bersama dengan dua bangkai Perang Dunia Kedua. Kenyataan kurang senang kerajaan Britain ini hadir selepas mereka mendakwa bahawa kapal milik China itu telah cuba ‘mecuri’ dua bangkai kapal perang tersebut di luar pantai Malaysia, lapor BBC.

Dua bangkai kapal perang yang karam pada 10 Disember 1941 dan mengorbankan kira-kira 842 anak kapal HMS Prince of Wales dan HMS Repulse ditembak oleh pesawat Jepun. Kejadian yang dilaporkan sebagai bencana terburuk dalam sejarah tentera laut British ini terjadi hanya tiga hari selepas serangan ke atas kapal perang milik Amerika Syarikat di Pearl Harbour, dan dua hari selepas Jepun menyerang Asia Tenggara.

Kapal Prince of Wales dan HMS Repulse telah dihantar ke Asia tanpa sebarang perlindungan daripada pesawat udara. Ia kini tenggelam dasar Laut China Selatan, 60 batu (100km) dari pantai timur Malaysia. Kerajaan United Kingdom kini menyiasat dakwaan bahawa wujud kecurian yang terjadi ke atas bangkap kapal Perang Dunia Kedua itu.

China curi bangkai kapal perang dunia ke-2 di laut Malaysia

Seorang penyelam Malaysia, Hazz Zain, memberitahu New Straits Times (NST) bahawa nelayan disekitar kawasan tersebut telah melihat sebuah kapal penyelamat di lokasi kapal karam yang lengkap dengan dua kren besar dengan dengan pemotong logam yang diturunkan ke dasar laut untuk memotong dan mengangkat bahagian keluli dan aluminium.

Kapal itu dikatakan milik China dengan pendaftaran Chuan Hong 68. Kapal itu didakwa memunggah barang-barang yang ditemui daripada HMS Prince of Wales, termasuk meriam dan peluru meriam lama, di sebuah jeti persendirian di Malaysia. Polis telah merampas beberapa kepingan dan kini sedang menyiasat.

Jurucakap Kementerian Pertahanan UK di London berkata, “Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang penghinaan terhadap mana-mana kubur tentera maritim. Jika kami mempunyai bukti pencemaran bangkai kapal Tentera Laut Diraja, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk bekerjasama dengan kerajaan serantau dan rakan kongsi untuk mencegah aktiviti tidak wajar di tapak sedemikian.”

Baca Lagi:
“Makcik kaya ada rumah besar, masa ayah sakit tenat makcik diam-diam bawa ayah ke pejabat tanah nak bolot harta tanpa pengetahuan mak”
Tukang masak istana dedah menu makanan harian YDP Agong dan Permaisuri selalu makan buat ramai terkejut
Seram! Wanita syok berjoget buat TikTok sekali hantu muncul di tangga belakang
CATEGORIES