Siapa sebenarnya Raghad Kurdi, isteri kedua Taib Mahmud?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu. Siapa sebenarnya Raghad Kurdi, isteri kedua Taib Mahmud?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu
Isteri Kedua Didakwa Bawa Keluar Taib Mahmud Dari Hospital
Taib Mahmud terkenal sebagai seorang yang sangat mewah dengan kekayaan. Dalam masa sama, beliau juga digelar Raja Kayu negeri kerana penglibatan beliau menerusi industri pembalakan Sarawak.
Namun baru-baru ini, timbul pula khabar angin mengenai situasi rumah tangga Taib Mahmud.
Menurut laporan Sarawak Report, kesihatan Taib kini semakin merosot. Bagaimanapun, isteri kedua beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, 43, didakwa telah mengeluarkan bekas Gabenor Sarawak itu dari unit rawatan rapi (ICU) Normah Medical Specialist Centre, Kuching.
Dalam pada itu, Raghad juga didakwa tidak rapat dan terasing daripada semua keluarga terdekat Taib.
Pihak Polis Terima Laporan Mengenai Taib Mahmud ‘Diculik’ Ahli Keluarga
Tambah Sarawak Report, mereka mendakwa insiden tersebut berlaku pada hujung minggu lalu. Pihak mereka bagaimanapun tidak menyertakan salinan laporan polis di dalam artikel diterbitkan.
Namun begitu, salinan laporan polis berkenaan telah tular di platform media sosial. Walaupun tarikh dalam teks laporan ialah 3/2/2023, tetapi tarikh difailkan adalah 04/02/2024. Tahun 2023 yang tertera pada laporan dipercayai atas faktor kesilapan taip.
erbaharu, Malaysiakini berkata pihak polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai Taib Mahmud yang telah ‘diculik’ oleh ahli keluarga.
Walau bagaimanapun, semalam (5 Februari), Raghad menerusi hantaran Instagram Story di akaun miliknya, menafikan dakwaan tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata dalam satu kenyataan berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Tular Foto Raghad Bungkus Barangan Dalam Kediaman
Menerusi foto yang tular, Raghad didakwa tergesa-gesa berkemas untuk keluar dari kediamannya di Demak Jaya. Dalam gambar yang sama, kelihatan banyak bungkusan kotak tersusun di dalam sebuah bilik. Namun, tidak dapat dipastikan waktu gambar-gambar tersebut diambil.
Untuk makluman, kediaman di Demak Jaya itu diwasiatkan kepada anak perempuan kedua, Taib Hanifah sekiranya Taib Mahmud meninggal dunia.
Siapa Raghad Kurdi Taib?
Raghad Kurdi Taib dilahirkan di tanah Syria. Dia berkahwin dengan Taib Mahmud ketika usia 29 tahun pada 2010 selepas isteri pertama, Laila meninggal dunia akibat kanser.
Untuk info, perkahwinan Raghad telah diatur oleh bapa saudaranya, Robert Geneid di mana isterinya adalah Taib Raziah, adik kepada Taib Mahmud.
Selepas enam tahun berkahwin dengan Taib, bekas pramugari itu didakwa memperoleh kad pengenalan Malaysia (IC), tanah hak milik anak negeri dan hak mengundi. Dua anak Raghad juga diberikan kewarganegaraan Malaysia pada Jun 2023.
Perkara tersebut menimbulkan kekecohan kerana ramai anak negeri Sarawak mengalami kesukaran bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Mengulas lanjut, satu siasatan dijalankan berhubung kewarganegaraan pantas dimiliki Raghad. Menurut Free Malaysia Today, Astana Negara membuat laporan polis terhadap sesiapa yang mempersoalkan status anak negeri Raghad.
Pada ketika ini, Raghad sedang berdepan dengan saman difailkan oleh anak tiri mengenai saham syarikat besar yang dipindahkan ke atas namanya.