Sebuah syarikat tawar bonus RM359,818 kepada pekerja jika lahirkan anak

Sebuah syarikat tawar bonus RM359,818 kepada pekerja jika lahirkan anak

Sebuah syarikat tawar bonus RM359,818 kepada pekerja jika lahirkan anak. Sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan mengumumkan penawaran bonus sebanyak 100 juta won (RM359,818) kepada pekerja setiap kali mereka melahirkan bayi, lapor agensi berita UPI semalam.

Ia bertujuan untuk membantu negara itu memulihkan kadar kesuburannya yang sangat rendah.

Kumpulan Booyoung yang berpangkalan di Seoul, mengadakan satu majlis kelmarin untuk menyerahkan insentif sebanyak 7 bilion won (RM3.59 juta) kepada 70 bayi yang dilahirkan pekerjanya sejak 2021.

Sebuah syarikat tawar bonus RM359,818 kepada pekerja jika lahirkan anak

“Jika kadar kesuburan yang rendah berterusan, negara kita boleh menghadapi krisis bilangan penduduk dalam tempoh 20 tahun.
“Kadar kelahiran yang rendah dipercayai berpunca daripada beban kewangan berhubung membesarkan anak serta kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dengan keluarga.
“Itulah sebab mengapa kami memutuskan untuk memperkenalkan faedah istimewa ini,” kata Pengerusi Booyoung, Lee Joong-keun dalam majlis tersebut.

Kadar kesuburan Korea Selatan menyusut pada tahun lepas apabila bagi setiap 100 wanita, hanya 72 bayi dilahirkan.

Jumlah penduduk negara itu pula menurun hampir satu peratus pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun lalu.

Baca Lagi:
Siapa sebenarnya Raghad Kurdi, isteri kedua Taib Mahmud?, Ini latar belakangnya yang ramai tak tahu
“Adik bongsu masih sekolah tapi ayah abaikan dia selepas mak meninggal, ayah sibuk dengan group cari jodoh, lepas 6 bulan ini yang kami dapat..”
“Baik aku balik kampung”- Wanita menangis ditawar gaji RM1,600 kerja di Kuala Lumpur walaupun miliki ijazah saujana muda
CATEGORIES