Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia. Miliki rupa paras yang menawan dan cantik merupakan satu kelebihan bagi seseorang individu termasuklah selebriti ini. Rupa paras yang dimiliki menjadi titik tolak untuk meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan sebagai seorang selebriti.

Psst… Sebelum bergelar sebagai seorang selebriti, mereka ini memulakan karier awal serbagai seorang model. Ada yang wakili negara untuk Miss Universe, Miss World serta Miss Intercontinental di persada dunia.

Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara sebagai model di peringkat antarabangsa telah menjadi satu ‘tiket’ untuk dikenali dan menjadi perhatian ramai orang. Di bawah, Miss Murai kongsikan dengan kamu selebriti yang menempa nama menerusi pertandingan ratu cantik;

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Erra Fazira

Cantik seperti namanya, Erra Fazira telah mencipta namanya selepas memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 pada usianya 18 tahun. Sejak itu dia makin dikenali dan mula menceburkan diri sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Filem popularnya adalah Sembilu pada tahun 1994 yang membuatkan Erra dikenali sebagai primadona filem Melayu.

Elaine Daly

Bermula sebagai seorang model, Elaine kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2003. Selepas memenangi pertandingan itu, Elaine terus menceburi bidang lakonan dan pengacaraan disebabkan kefasihan dalam Bahasa Melayu.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Antara drama dan filem yang dilakonkannya adalah The Red Kebaya, Cuci dan Apa Dosaku.

Kavitha Sidhu

Dikenali sejak membintangi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam, Kavitha pernah wakili Malaysia dalam pertandingan Miss Charm Intercontinental 1990.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Selepas memenangi pertandingan tersebut, dia menjadi antara wakil Malaysia yang pertama menjuarai pertandingan ratu cantik di peringkat dunia.

Dr. Soo Wincci

Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci telah mendapat peluang dalam bidang hiburan dengan membintangi beberapa drama tempatan.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Bukan itu saja, model ini juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu ‘Terus Teranglah’ serta pernah menjadi Top5 finalis Masterchef Malaysia.

Deborah Henry

Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah pernah memegang gelaran Miss World Malaysia 2007. Ketika itu dia berjaya meluluskan diri dalam kalangan finalis Top16 di China.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Selain menjadi model, Deborah pernah muncul sebagai pengacara TV iaitu rancangan Bella ntv7. Malah dia juga pernah terlibat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Rozita Che Wan

Mesra disapa Che Ta, selebriti ini merupakan seorang pemenang Miss Intercontinental Malaysia 1992 dan pernah wakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Walaupun debut sebagai pelakon agak lewat, tetapi lakonannya sering jadi pilihan ramai sehingga membuatkan dia antara barisan pelakon yang popular.

Thanuja Ananthan

Memiliki ketinggian melebihi 180cm, selebriti tinggi lampai ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Sejak daripada itu, dia ‘dilamar’ untuk menjadi seorang pelakon dan hos.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Jangan lupa saksikan lakonan Thanuja dalam drama Temuan Takdir, Anak Merdeka dan DM Hati Awak.

Tan Sri Michelle Yeoh

Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1983, Tan Sri Michelle Yeoh mula lebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Bukan itu saja, dia juga berjaya menjadi pelakon antarabangsa yang popular.

Ramai tak tahu rupanya ada 8 selebriti Malaysia yang pernah jadi Ratu Cantik di persada dunia

Filem antarabangsanya yang popular adalah James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian, Shang-Chi dan banyak lagi.

Tak hairanlah kalau mereka ini menjadi ratu cantik yang wakili Malaysia kerana kecantikan mereka sangat luar biasa!

Baca Lagi:
Jadi tanda tanya kenapa peguam Britain pakai rambut palsu yang diperbuat daripada bulu kuda, ini sebabnya
Automatik boleh jadi kaya siapa masih simpan duit kertas RM1 lama
Niat mahu beli kasut baru untuk anak, lelaki dari Raub terkejut jadi pemenang RM28.9 juta
CATEGORIES