“Ramai hendak lihat UMNO dan BN terkubur di Johor, BN perlu bangkit…“

“Ramai hendak lihat UMNO dan BN terkubur di Johor, BN perlu bangkit…“

Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu bangkit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menafikan impian pembangkang yang mahu mereka terkubur di tempat lahirnya di negeri ini.

Pengarah Pilihanraya BN Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera PRN Johor harus bekerja lebih keras bagi memastikan parti terus berdiri teguh kerana Johor merupakan negeri yang wajib ditawan semula.

Beliau berkata, PRN Johor akan menentukan masa depan BN di negeri ini dan keputusan pada PRN ini akan memberi impak besar kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Ramai hendak lihat UMNO dan BN terkubur di Johor. Disebabkan itu banyak parti politik yang menyatakan keinginan untuk bertanding pada PRN Johor kali ini.

“Ramai hendak lihat UMNO dan BN terkubur di Johor, BN perlu bangkit...“

“Keinginan ini tidak akan tercapai di negeri tempat lahirnya UMNO. Jentera PRN Johor akan kerja keras termasuk adakan mesyuarat setiap malam di ‘Command Centre’ BN setiap malam untuk lihat gerak kerja setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor Wilayah Barat di Stadium Tertutup Educity Iskandar Puteri di sini malam tadi.

Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor Wilayah itu dirasmikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN turut menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada lapan kerusi yang ditandingkan di empat bahagian Parlimen di zon Johor Barat.

Katanya, jentera parti tidak boleh sambil lewa dan menganggap kemenangan mudah di PRN Melaka turut akan berlaku di Johor.

“Lain PRN, lain lawannya. Jangan menganggap kemenangan di PRN Melaka, kita juga sangka akan selesa di Johor Oleh itu, saya meletakkan sasaran untuk menang lima daripada lapan kerusi DUN. Tetapi jika menang lapan (kerusi), Alhamdulillah, maka, kita akan berpesta besar,” katanya.

Terdapat lapan kerusi DUN di empat bahagian Parlimen iaitu Pulai, Iskandar Puteri, Pontian dan Tanjung Piai yang terletak di dalam zon Johor barat.

Baca lagi:  Wartawan cilik berhasrat temu ramah Perdana Menteri jika diberi kesempatan

7,234 kes hari ini, orang ramai mula “Cancel” tempahan kuih raya dan baju raya

Bangkit perkara sudah selesai, “Saya tak tahu dia nak korek apa cerita – Muhyiddin

CATEGORIES
TAGS